Bank Rakyat pastikan sistem selamat untuk pelanggan

Bank Rakyat pastikan sistem selamat untuk pelanggan

Bank Rakyat pastikan sistem selamat untuk pelanggan
BANK Rakyat

Kuala Lumpur: Berikutan dakwaan yang tular di media sosial, baru-baru ini, Bank Rakyat menjelaskan bahawa sistemnya kekal selamat dan sentiasa mengutamakan kepentingan pelanggan.

Bank Rakyat menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius kebimbangan yang wujud berikutan dakwaan terbabit.

Menurutnya, bank kekal komited terhadap ketelusan dan mengutamakan kepentingan pelanggan menerusi pembangunan teknologi secara berterusan bagi terus mempertingkatkan kekukuhan dan menambah baik daya tahan operasi.



Katanya, ia untuk memastikan Bank Rakyat dapat menyediakan perkhidmatan perbankan yang kondusif dan selamat untuk pelanggan kami.

“Bank Rakyat sudah menghubungi pelanggan secara individu melalui surat dan SMS dan mengambil langkah proaktif untuk memastikan keselamatan perbankan pelanggan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0




“Bank Rakyat meningkatkan lagi kesedaran dan panduan kepada pelanggan untuk melindungi diri daripada ancaman keselamatan siber,” katanya.

Menurut kenyataan sama, bank itu berkata, pihaknya sudah melaporkan insiden terbabit kepada pihak berkuasa dan membuat siaran media sebelum ini.

Bank itu turut meyakinkan pelanggan, rakan kongsi perniagaan dan pihak berkepentingan bahawa semua operasi perniagaan kekal berfungsi sepenuhnya.

“Integriti dan keselamatan perbankan pelanggan kekal sebagai keutamaan utama Bank Rakyat.



“Jika ada pelanggan mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan, mereka harus segera menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di 1300 800 800 atau 03-5526 9200 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997,” katanya.

Bank Rakyat pastikan sistem selamat untuk pelanggan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perwakilan PAS Perlis Di Kenakan Tindakan?



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button