JDT mudah ratah KDN FC

JDT mudah ratah KDN FC

JDT mudah ratah KDN FC
ARIF Aiman (kiri) meneruskan kecemerlangan di Liga Super. FOTO Bernama

Iskandar Puteri: Johor Darul Ta’zim (JDT) memastikan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) terperosok di dasar liga selepas membelasah pasukan itu 6-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Skuad kendalian Hector Bidoglio yang turun selaku pasukan pelawat di stadium sendiri tampak menguasai permainan dan langsung tidak memberi ruang buat pasukan bimbingan Park Jae-hong biarpun diperkuat dua tonggak import baharu, Aung Kaung Mann, Layth Kharoub dan Washington Brandao yang masuk di babak kedua.

Seawal minit pertama, JDT mengundang cemas di kubu skuad Kijang Emas selepas bola lorongan Heberty Fernandes membuka ruang buat Bergson yang sempat merembat bola leret namun penjaga gol, Fikri Che Soh sempat menepis bola.



Memasuki minit ke-23, JDT terus mengasak benteng KDN FC namun belum mampu merungkai jaringan menerusi bola rembatan Enzo Lombardo dan selang dua minit giliran Heberty cuba untuk merobek gawang lawan tapi Fikri pantas menepis bola.

Selepas bertali arus mengancam kubu KDN FC, akhirnya usaha merungkai jaringan berhasil pada minit ke-42 selepas hantaran lintang Nazmi Faiz Mansor tepat kepada Bergson yang sempat mendada bola sebelum merembat leret tepat ke penjuru kiri gol menewaskan Fikri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota




Ketika aksi berbaki satu minit babak pertama, Bergson mencetak gol kedua peribadi berpunca daripada permainan satu dua antara Heberty dan Romel Morales yang menyaksikan Heberty bijak melorongkan bola kepada Bergson untuk mencipta gol menewaskan Fikri buat kali kedua.

Bersambung babak kedua, JDT hampir menambah jaringan pada minit ke-47 selepas sepakan sudut Heberty tepat kepada Park Jun-heong yang melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti mujur terkena kaki Fikri.

Pertembungan ibarat langit dan bumi apabila KDN FC terus dihampakan dengan jaringan ketiga JDT pada minit ke-55 selepas umpanan Lombardo kepada Arif Aiman Hanapi yang memukau ketika aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Rabu lalu meneruskan sentuhan penyudah apabila merembat bola leret tepat ke penjuru kanan gawang menewaskan Fikri.

Arif Aiman mencetak gol kedua peribadi pada minit ke-58 selepas mudah menolak bola masuk menewaskan Fikri berpunca daripada umpanan jauh Heberty dari kawasan tengah padang untuk meletak skuad Harimau Selatan selesa dengan jaringan 4-0.



Kelekaan benteng JDT dihukum KDN FC pada minit ke-65 selepas bola tandukan pemain gantian, Washington Brandao membuka ruang buat Kharoub yang bertindak pantas untuk merembat bola leret menewaskan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Gol KDN FC itu langsung tidak menjejas keghairahan JDT untuk menambah jaringan dan pada minit ke-71, Bergson melakar hatrik buat kali ketiga musim ini selepas menyudahkan hantaran Arif Aiman untuk meletak skuad Harimau Selatan selesa mendahului 5-1.

Malang menimpa skuad Kijang Emas pada minit ke-74 selepas gerakan Mahamadou Sumareh yang bertindak melakukan sepakan lintang menyaksikan pertahanan, Muhammad Umeir Aznan tertanduk bola ke gawang sendiri dan kedudukan 6-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Surat Boikot PRK PN Mula Beri Kesan Di Mahkota

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button