Kelibat Bonnie, kilauan pancaran laser memukau perasmian Para Sukma 2024

Kelibat Bonnie, kilauan pancaran laser memukau perasmian Para Sukma 2024

Kelibat Bonnie, kilauan pancaran laser memukau perasmian Para Sukma 2024
SUASANA pada Majlis Perasmian Para Sukma Sarawak 2024 di Stadium Perpaduan Petra Jaya malam ini. FOTO Bernama

Terdahulu, majlis pembukaan dimulakan menerusi segmen ‘Semangat Juang’ yang memaparkan antara lain persembahan oleh dua orang kurang upaya, kumpulan silat Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo dan paluan gendang oleh lapan wakil Persatuan Tabaubrian Singa dan Naga Drum.

Acara diteruskan dengan perarakan masuk kontinjen bertanding dimulakan dengan Terengganu dan diakhiri Sarawak yang mendapat sorakan gemuruh penyokong tuan rumah di dalam stadium.

Selepas ucapan aluan oleh Abang Johari dan Hannah disusuli simbolik perasmian oleh Wan Junaidi yang menyentuh peranti ‘Ipad’ di pentas utama, bendera Para SUKMA pula kembali berkibar megah di Bumi Kenyalang selepas lapan tahun dan dinaikkan anggota Tentera Diraja Laut Malaysia.



Atlet tuan rumah Leeyendy Jisen Abdullah dari sukan olahraga kemudian mengambil tempat melafazkan ikrar bersama Arang Kanna Sondarajan yang mewakili pegawai teknikal Para Sukma 2024 sebelum kontinjen bergerak keluar dari arena.

Kehangatan diteruskan dengan alunan sape yang mengasyikkan halwa telinga penonton oleh Alena Murang diikuti paduan suara penyanyi kelahiran Bumi Kenyalang, Bob Yusof yang mendendangkan lagu ‘When You Tell Me That You Love Me’.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota




Tumpuan beralih kepada gabungan bekas atlet dan atlet Sarawak terdiri Paralimpian dari sukan renang, Jamery Siga, Batricia Richael Santau (olahraga), Fatimah Wagimin (powerlifting) dan Ting Ing Hock (pingpong) yang mengiringi Bonnie untuk membawa dan menyalakan obor.

Persembahan tarian tradisional kreatif ‘Segulai Sejalai’ oleh barisan penari kanak-kanak diikuti pertunjukan bunga api di luar stadium yang menghiasi langit di sini melengkapkan malam indah majlis pembukaan berkenaan.

Sebanyak 328 pingat emas daripada 10 jenis sukan iaitu olahraga, powerlifting, badminton, renang, pingpong, boling padang, memanah, boccia, tenpin boling dan catur menjadi buruan atlet pada Para Sukma 2024.

Kelibat Bonnie, kilauan pancaran laser memukau perasmian Para Sukma 2024

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Surat Boikot PRK PN Mula Beri Kesan Di Mahkota

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button