Tengku Razaleigh: Tiada Sebab Dr Akmal Mesti Minta Maaf

Tengku Razaleigh Tiada Sebab Dr Akmal Mesti Minta Maaf

Tengku Razaleigh: Tiada Sebab Dr Akmal Mesti Minta Maaf

 

Veteran Umno, Tengku Razaleigh (Ku Li) tidak melihat kelantangan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal dalam beberapa isu boleh dianggap sebagai perkauman.

Sebaliknya Ku Li berkata, kelantangannya itu adalah selari dengan perjuangan UMNO, seperti termaktub dalam perlembagaan parti.



“Mengapa nak kena minta maaf?”

“Saya rasa ini adalah pandangan ikhlas daripada Ketua Pemuda UMNO kita.”

“Dia meluahkan perasaan, dan ini bukan soal sijil halal tak halal, tapi soal perasaan dia tak begitu puas hati.”

“Pandangan saya, macam apa yang diluahkan oleh pemimpin kita.”



“Sama ada Akmal ataupun sesiapa, bukan bererti kita mempunyai perasaan anti ataupun nak lawan.”

“Apa yang diluahkan oleh pemimpin UMNO seperti Akmal ataupun sesiapa.”

“Bukan bererti UMNO mempunyai perasaan membenci dan bersifat perkauman.”

“Sebaliknya, UMNO sebagai parti nasionalisme Melayu.”



“Sentiasa memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta agama Islam.”

“Tetapi pada masa yang sama tidak bermakna memandang enteng sokongan pengundi kaum lain.”

“Saya rasa masih tidak berubah (perjuangan UMNO).”

“Tapi tidak bererti kita tidak mahu kepada pengundi orang-orang Cina, ini semua rakyat Malaysia.”



“Namun pendirian itu (parti dalam Kerajaan Perpaduan) masing-masing bawa,” jelas Ku Li.

Kita bersetuju dengan pandangan Ku Li.

Mungkin perbalahan antara Dr Akmal dan Teresa Kok sekarang ini lebih bersifat peribadi.

Tetapi itu tidak akan mengubah dasar dan pendirian UMNO dalam perjuangan parti tersebut.



Adakalanya pemimpin DAP juga ada mengeluarkan kenyataan yang mengguris perasaan pemimpin dan ahli UMNO.

Dan ada masanya pemimpin UMNO juga ada mengeluarkan kenyataan yang mengguris perasaan pemimpin dan ahli DAP.

Sebaiknya, antara Dr Akmal dan Teresa Kok mencari jalan penyelesaian secara bersemuka sebelum tiba hari mengundi di pilihan raya kecil Mahkota.

Yang pastinya, tindakan membawa perbalahan peribadi ke mahkamah bukanlah jalan penyelesaian terbaik.



 

Tengku Razaleigh: Tiada Sebab Dr Akmal Mesti Minta Maaf

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button