Ahli GISBH Dalam Pelarian Di Seru Menyerah Diri

Ahli GISBH Dalam Pelarian Di Seru Menyerah Diri

Ahli GISBH Dalam Pelarian Di Seru Menyerah Diri

 

Dalam sidang media PDRM yang diadakan, Ketua Polis Negara, Razarudin Hussain memaklumkan, Op Global kini sudah memasuki fasa 4.

Razarudin juga memaklumkan, dalam faza 3 Op Global, pihak polis telah berjaya menahan beberapa orang pengurusan tertinggi GISBH.



Kesemua mereka yang telah ditahan telah mendapat perintah reman selama 6 hari sehingga 26 September 2024.

Beliau juga memaklumkan kejayaan pihak polis merampas beberapa dokumen berkaitan Aurad Muhammadiah yang telah diharamkan.

Pengasas Aurad Muhammadiah di Malaysia telah dikembangkan oleh Asha’ari Muhamad, pemimpin Darul Arqam, pertubuhan yang telah diharamkan.

Dalam Op Global fasa 4, pihak polis juga mendapati beberapa premis GISBH yang diserbu pihak berkuasa telah ditutup.



Beliau tidak menolak kemungkinan, ada antara ahli GISBH telah berjaya melarikan diri sebelum serbuan di buat oleh pihak berkuasa.

Pihak polis juga menyedari, ahli GISB yang berjaya melarikan diri, kini berada dalam pelarian kerana kehilangan tempat tinggal.

@acik.mantera

PDRM Seru Ahli GISBH Serah Diri Untuk Di Berikan Bantuan



♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Sehubungan dengan itu, atas dasar perikemanusiaan, Razarudin menyeru kepada senua ahli GISBH yang dalam pelarian agar menyerah diri.

Ini akan membolehkan mereka mendapat bantuan dari pihak kerajaan, sama ada dari sudut keperluan rohani dan jasmani.

Seharusnya seruan pihak polis ini mendapat respon yang baik dari ahli GISBH yang kini hidup di dalam pelarian.



Kita memahami mereka adalah antara golongan yang mahu mendalamkan ilmu agama untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Cuma mereka telah tersalah tempat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan.

Menyerah diri kepada pihak berkuasa tidak semestinya mereka akan dikenakan tindakan undang-undang.



Mereka adalah mangsa kepada kerana terlalu taksub dengan pemimpin mereka yang rakus dengan nafsu dunia.

Tidak perlu dipertahankan lagi doktrin yang telah dikenal pasti sesat lagi menyesatkan.

 

Ahli GISBH Dalam Pelarian Di Seru Menyerah Diri

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button