Guru tidak mengaku ceroboh pejabat bekas teman lelaki

Oleh – Syeikh Baran


Guru tidak mengaku ceroboh pejabat bekas teman lelaki

Seorang guru wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Slim River di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh bilik pejabat bekas teman lelakiny di sebuah klinik pada Mac lalu.



Tertuduh, N. Retha, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Phulrani Kaur Gurcharon Singh.

Guru penolong kanan kokurikulum sebuah sekolah rendah di Sungai Buloh, Selangor itu didakwa melakukan pencerobohan dengan memasuki pejabat milik P. Navaneeth, 35, di sebuah klinik di Slim River pada pukul 3 petang, 3 Mac lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syahirah Azahar mencadangkan jaminan sebanyak RM4,000 berserta syarat tambahan iaitu tidak dibenarkan mengganggu pengadu sehingga kes selesai.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button