‘Sudah 4 hari mak cik Muniamah hilang’

Oleh – Syeikh Baran


‘Sudah 4 hari mak cik Muniamah hilang’

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai untuk mengesan ibu saudaranya yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Taman Rambah, Jalan Kukup di sini



Menurut M. Logeswary, 33, ibu saudaranya, V. Muniamah, 61, yang mempunyai masalah kesihatan mental sejak tujuh bulan didapati keluar pada pukul 7 pagi.

“Emak saudara saya tak pernah berkahwin tinggal dengan saya. Selain dia, saya jaga seorang lagi ibu saudara, V. Samothai, 72, bapa saudara dan seorang adik perempuan.

“Ketika kejadian, saya bekerja di Singapura, emak saudara saya, Samothai nampak Muniamah keluar dari rumah tanpa membawa beg pakaian pada pagi itu dan tidak tahu dia pergi ke mana.

“Memandangkan dia (Muniamah) tidak pulang selepas dua hari hilang, saya membuat laporan di Balai Polis Pontian pada 28 September lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Tambah Logeswary yang juga ibu tunggal, tiada sebarang perselisihan faham diantara emak saudaranya dengan ahli keluarga yang lain dan kejadian hilang ini merupakan pertama kali berlaku.

Menurutnya, dia yang membawa ibu saudaranya itu mendapat rawatan di Hospital Permai Johor Bahru dua bulan sekali sejak menghidapi penyakit tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan polis daripada keluarga mangsa yang hilang.

Katanya, ciri-ciri wanita yang hilang itu sepertimana dalam laporan polis yang dibuat mempunyai ketinggian 160 sentimeter, berambut panjang dan keputihan, berkulit gelap dan pakaian tidak diketahui ketika hilang.



Sekiranya orang ramai ternampak (OH), boleh menghubungi Ketua Polis Balai Pontian Inspektor Ahmad Shah Abdul Rasheed melalui nombor telefon 019-7578020 atau talian hotline 07-6871222.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button