FOTO MESRA DIDUKUNG MAT SALEH – SAKINAH BERI ‘HINT’ DAH BERNIKAH?

Terpalit dengan kontroversi mengenai kisah rumah tangga yang kecundang di tengah jalan sebelum ini, pelakon Sharifah Sakinah baru-baru ini dikhabarkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan jejaka mat saleh seorang pelatih kecergasan dan kesihatan dikenali sebagai Michael Hansen.

Image_1.jpg

Sakinah belum pernah memberi kenyataan rasmi mengenai hubungan cintanya itu. Namun baru-baru ini menerusi Instagram (IG), lelaki tersebut memuat naik foto mesranya di dalam kolam renang bersama Sakinah dan ia telah menarik perhatian netizen.

Melihat pada bahagian kapsyen, Michael memberitahu ia satu petang yang menyeronokkan: “Evening fun (finally a pool to swim in),” tulisnya.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Ketika meninjau ruangan komen, ramai netizen membuat spekulasi bahawa kedua pasangan ini sudah pun bernikah namun tidak mengumumkan kepada peminat.

“Rasanya Sakinah ni dah kahwin. Cuma tak nak cakap,” teka salah seorang pengikutnya. – “Kahwin lah kak Sakinah,” pinta salah seorang netizen. – “Jangan mengundang fitnah,” tegur salah seorang warga maya.



Image_3.jpg

Tidak mendiamkan diri, Sakinah tampil membalas pertanyaan seorang netizen dan seolah-olah memberi ‘hint’ bahawa dirinya sudah pun mendirikan rumah tangga bersama jejaka tersebut: “Maried bro,” pinta salah seorang netizen. – “Already (gambar cincin),” jawab Sakinah.

Jawapan Sakinah itu membuatkan sesetengah pengikut di Instagram terkejut dan ada juga yang megucapkan tahniah: “Wah! If it’s true, congratulations Kinah,” kata salah seorang warganet. – “Alhamdulilah,dah sah patut posing gitu,” jawab salah seorang netizen.

Apa-apapun, sama-samalah kita menunggu jawapan daripada adik kepada pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah ini. Untuk makluman, Sakinah sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama seorang juruterbang iaitu Afif Adha Jamil selama dua tahun sebelum bercerai pada Mei lalu dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Anais Adha.



Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg



Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button