Terpaksa gigit anaconda demi selamatkan diri

Oleh – Syeikh Baran


Terpaksa gigit anaconda demi selamatkan diri

Sebuah klip video memaparkan detik cemas seorang lelaki hampir mati dibelit ular gergasi anaconda di sebatang sungai di Brazil, lapor portal berita MailOnline semalam.



Kejadian berlaku di Terra Santa, hutan Amazon pada Ahad lalu. 

Dalam rakaman itu, lelaki berkenaan dilihat bertungkus-lumus melepaskan diri daripada belitan yang kuat sehinggakan dia terpaksa menggigit badan reptilia tersebut.

Lebih mengerikan apabila pergelutan itu berlaku ketika dia berdiri di dalam sungai dengan air paras dada. 

Lelaki tersebut menggigit ular itu berhampiran kepalanya, manakala seorang rakannya cuba membantu mangsa dengan menarik ekor reptilia berkenaan. 



Selepas beberapa minit, anaconda itu akhirnya ‘menyerah kalah’ dan melepaskan belitan tersebut. 

Tidak diketahui sama ada mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian itu. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button