Mat Sabu Semakin Hilang Halatuju

Mat Sabu Semakin Hilang Halatuju

Mat Sabu Semakin Hilang Halatuju

 

Mampukah Kerajaan Perpaduan yang memerintah sekarang mengekalkan populariti untuk terus berkuasa selepas PRU 16?

Atau mungkinkah nasib yang menimpa Kerajaan Pakatan Harapan di era Dr Mahathir akan berulang kembali?



Kerajaan Pakatan Harapan di era Dr Mahathir tumbang kerana barisan menterinya gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Tidak sekadar itu, kenyataan dan dasar yang diperkenalkan telah menimbulkan kemarahan rakyat.

Mereka sibuk untuk melaksanakan agenda masing-masing, sedangkan nasib dan penderitaan rakyat marhaen diabaikan.

Rakyat tidak perlu turun ke jalanraya untuk menyatakan bantahan.



Cukup sekadar memberikan tekanan kepada ahli parlimen masing-masing untuk memberikan tekanan kepada kerajaan.

Akhirnya disebabkan tekanan yang kuat dari rakyat kepada ahli parlimen dan ditambah dengan sikap rakus ahli politik, kerajaan yang memerintah tumbang.

Perdana Menteri hilang kepercayaan majoriti ahli parlimen yang mengakibatkan keseluruhan menteri kabinet kehilangan jawatan serta merta.

Kini, cakap-cakap mengenai pilihanraya umum ke 16 akan diadakan lebih awal semakin rancak diperkatakan rakyat.



Jangan disalahkan rakyat sekiranya cakap-cakap tersebut akan berubah menjadi gelombang yang mendesak.

Segala-galanya bermula dari kegagalan menteri kabinet yang ada sekarang dilihat semakin hilang halatuju.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dikecam kerana memekakkan telinga dari mendengar pendapat pelbagai pihak mengenai isu sistem peperiksaan berpusat.

Kemudian beliau sekali lagi menjadi sasaran kecaman apabila berkeras ujian lisan SPM diteruskan seperti biasa sedangkan beberapa negeri kini sedang dilanda banjir.



Ada antara calon SPM kini berada di Pusat Penempatan Sementara (PPS) kerana terpaksa dipindahkan akibat banjir.

Sekiranya alasan beliau untuk memansuhkan sistem peperiksaan berpusat kerana tidak mahu memberikan tekanan kepada pelajar.

Apakah pelajar yang kini berada di PPS tidak tertekan kerana dipaksa mengambil peperiksaan?

Mat Sabu Tetap Mat Sabu

 



Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu (Mat Sabu) pula menimbulkan isu baharu.

Secara semberono, beliau mahu menukar nama UPM @ Universiti Putra Malaysia kepada Universiti Pertanian Malaysia.

Tetapi niat beliau telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor yang juga merupakan Canselor UPM.

Tanpa berkias, baginda tidak setuju dengan cadangan Mat Sabu.



Kali pertama di dalam sejarah Malaysia, seorang raja mengkritik pemimpin politik secara terbuka di dalam titah ucapan baginda.

Apakah Mat Sabu tidak tahu atau tidak faham protokol IPTA atau tidak tahu adab anak Melayu dengan raja?

Bukankah UPM berada di dalam negeri Selangor yang berada di bawah payung kedaulatan baginda Sultan Selangor?

IPTA bukan berada di bawah bidang kuasa kementerian beliau.

Mat Sabu sepatutnya fokus kepada masalah yang berada di bawah kementerian beliau.

Isu bekalan beras putih tempatan yang masih belum ada penyelesaiannya.

Juga dengan isu bekalan beras ketika negara kini sedang menghadapi bencana banjir.

Bolehkah beliau benar-benar memberi jaminan bekalan beras negara mencukupi di sepanjang tempoh bencana banjir.

Atau pun jaminan beliau hanya berdasarkan lapuran yang berada di atas kertas?

Juga dengan isu pemecatan lembaga pengurusan NAFAS yang beliau buat atas kuasa beliau sebagai menteri.

Apakah barisan pengurusan yang baharu beliau lantik benar-benar dapat menyelesaikan masalah atau akan menjadi seperti tikus membaiki labu?

Bolehkah beliau berikan kepastian kantikan tersebut bukan sebagian dari pembahagian ghanimah politik?

Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

 

Mat Sabu Semakin Hilang Halatuju

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button