ALYAH SAMBUT BIRTHDAY TOK RAM: “BEREBUT PULAK NAK TIUP LILIN…”
Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, penyanyi Datin Alyah telah berkongsi momen dimana dia memberikan kejutan bersempena ulang tahun kelahiran ke-62 suaminya, Datuk Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram, yang disambut hari ini.
Diraikan dalam sesi sederhana, penyanyi lagu ‘Cintaiku’ itu dilihat membawa sebiji kek sambil menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi oleh rakan terdekat. Momen tersebut dikongsikan Alyah di dalam rakaman sepotong video pendek beserta kapsyen lucu di Instagram.
“Bagi laaaa lilin tu lama skit…si aqil plak merajuk dlm diam dah haaa.Berembut pulak nak tiup lilin dgn aqil haaa…Mcm mcm hal uncle dgn aqil ni haaa….Selamat ulang tahun @tokram_ramlims,” tulis Alyah.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat serta rakan selebriti turut memberikan dedikasi sama buat juri tetap program Gegar Vaganza itu.
Klik untuk gambar besar
Tidak kurang yang turut mendoakan agar bahtera perkahwinan mereka terus kekal hingga ke jannah. Pada masa sama, Tok Ram turut berkongsi video kandid sama di posting terkininya di Instagram miliknya.
“Alhamdullilah…tqtqtq..masuk syurga semua..🎂🎂🎂🎂..mekaseh byk2 pada yg mengewish..tak terbalas..moga amin la semua masuk syurga..💚💚💚💚💚💚💚,” kata Tok Ram pula. 15h
Untuk pengetahuan, Aqil ialah anak saudara kepada pasangan berkenaan dan sering isi masa bersama mereka sejak kecil lagi. Untuk rekod, Datuk Ramli dan Datin Alyah mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013.
UMNO Tidak Pernah Sertai PN… PN Bukan Satu Entiti Politik – Tok Mat