Bosnia: Bekas tentera Serbia dijatuhi hukuman penjara kerana jenayah perang

04/12/2020 12:36 PM

BELGRADE, 4 Dis — Bosnia dan Herzegovina pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun kepada dua bekas tentera Serbia kerana “jenayah perang” yang dilakukan pada 1992 di timur bandar Foca, lapor Agensi Anadolu.

Mahkamah Bosnia dan Herzegovina memutuskan Radovan Paprica dan Slavko Ognjenovic, yang berkhidmat dalam tentera Serbia semasa Perang Bosnia pada 1992-1995, melakukan “jenayah kemanusiaan” terhadap orang awam Bosnia.



Kenyataan mahkamah menyebut Paprica dan Ognjenovic mengambil bahagian dalam serangan sistematik terhadap orang awam Bosnia dan melakukan jenayah penderaan seksual.

Hampir 3,000 orang awam Bosnia, yang diserang tentera Serbia, polis, dan kumpulan separa tentera, terbunuh di Foca dan sekitarnya. Rumah mangsa turut dibakar, kaum lelaki Bosnia dibawa ke kem penjara dan wanita diperkosa.

Selain itu, banyak karya Islam di rantau ini, termasuk Masjid Alaca yang bersejarah, dikenali “Mutiara Bosnia” dimusnahkan.

Penjual keropok lekor dipenjara sembilan bulan, halang tugas, langgar polis




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading