Festival Filem Antarabangsa Hainan ketiga buka tirai pada Sabtu

06/12/2020 06:16 PM

SANYA, 6 Dis — Festival Filem Antarabangsa Pulau Hainan (HIIFF) ketiga yang berlangsung di bandar Sanya membuka tirainya pada Sabtu menyaksikan penyertaan penggiat seni perfileman daripada 114 negara dan wilayah.

Anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan kerajaan di Hainan, festival kali ini menghidangkan sebanyak 4,376 filem menarik.



Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) wilayah Hainan, Shen Xiaoming dalam ucapan pada majlis perasmiaan berkata, dengan kelebihan daripada segi dasar keutamaan serta statusnya sebagai destinasi pelancongan berprestij, Hainan berupaya menyediakan pelbagai sumber berkualiti tinggi dari seluruh dunia.

“Ini menjadi asas untuk Hainan membantu memajukan industri perfileman, sekali gus muncul sebagai platform interaksi dan perkongsian ilmu antara budaya China dan Barat,” katanya.

Sementara itu Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapannya berkata festival yang diadakan pada masa sukar ini memberi makna sangat besar dan istimewa kepada pengusaha perfileman serta penonton dari seluruh dunia.

Penganjurannya yang dibuat mengikut jadual membuktikan pemulihan pantas industri filem China, pada masa sama membawa sinar harapan kepada usaha masyarakat global dalam memerangi wabak COVID-19.



ELLIE SURIATY KRITIK ‘MAEL TOTEY’ TAK CAPAI STANDARD – INI RESPON SYAHMI SAZLI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button