Faisal Halim sertai TFC

06/12/2020 08:51 PM

KUALA TERENGGANU, 6 Dis — Terengganu FC (TFC) hari ini mengumumkan Mohd Faisal Abdul Halim atau terkenal dengan panggilan ‘Mickey’ menyertai skuad Penyu selama dua tahun bermula musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ab Rasid Jusoh berkata keputusan untuk menggunakan khidmat pemain yang sebelum ini menyarung jersi Pahang FA itu merupakan percaturan yang dibuat Ketua Jurulatih Nafuzi Zain.

“TFC baru sahaja menandatangani kontrak Mohd Faisal selama dua tahun bermula 2021 sehingga 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Ab Rasid berkata pemain kelahiran Pulau Pinang itu merupakan seorang pemain yang lincah di bahagian tengah.

“Beliau juga seorang pemain kebangsaan yang mempunyai kebolehan menggelecek serta kemahiran tinggi apabila beraksi,” katanya.

Jurulatih dari Itali dijangka sertai Kelantan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker