SITI SARAH DEDAH PERNAH HIDUP SUSAH DENGAN SHUIB, AKAUN TINGGAL RM500
Penyanyi Siti Sarah baru-baru ini menerusi program bual bicara Naura telah mendedahkan sepanjang kehidupannya bersama pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu dimana mereka pernah melalui fasa perit apabila dalam akaun bank hanya berbaki RM500.
Meskipun berdepan kesusahan, bagaimanapun Sarah yang sudah hampir 9 tahun mendirikan rumah tangga dengan Shuib sentiasa mengingatkan suaminya itu tentang kepentingan bersedekah dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu.
“Kalau kita bagi sedekah, Allah akan bagi kita balik lebih. Dahulu, dalam akaun bank kami pernah hanya ada RM500. Ada tanggungjawab nak bayar pembantu rumah, kereta dan bayar itu ini.
“Benda pertama yang saya tanya Shuib, sudahkah sudah bagi duit kepada ibunya. Dia jawab ‘belum’ dan hanya ada RM500. Saya cakap kalau dia ada RM500, mak dia ada berapa? Saya cakap sekurang-kurangnya, bagi half (separuh),” katanya menerusi program bual bicara Naura.
Klik untuk gambar besar
Mengimbas kembali zaman ketika tiada media sosial, Sarah berkata dia hanya menerima surat dari para peminat dan surat-surat itu akan ditapis dahulu oleh bapanya, penyanyi Raisuddin Hamzah sebelum diberikan kepadanya
Malah, Sarah pernah menerima ugutan bunuh yang dihantar melalui surat sehingga bapanya menggunakan perkhidmatan body guard untuk menjaga dan mengawasi keselamatannya.
Untuk makluman, Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 8, Dzahira Talita Zahra, 5, dan Ariq Matin, 3.
SHUIB PERNAH HADIAHKAN JAM TANGAN – NAIM DANIEL MAHU PULANGKAN SEMULA?