Jepun umum pakej rangsangan ekonomi tambahan bernilai US$700 bilion
08/12/2020 11:13 AM
TOKYO, 8 Dis — Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada Selasa berkata Jepun akan menyusun satu pakej rangsangan ekonomi tambahan, lapor Agensi Berita Xinhua.
“Kami akan mempertahankan pekerjaan, meneruskan perniagaan, menghidupkan kembali ekonomi dan membuka jalan menuju pertumbuhan termasuk melalui teknologi hijau dan digital,” kata Suga pada mesyuarat kerajaan dan parti pemerintah.
Pakej bernilai US$707 bilion itu disusun bertujuan untuk membantu mengurangkan kesan negatif terhadap ekonomi akibat COVID-19.
Kabinet dijangka meluluskan pakej rangsangan itu dalam waktu terdekat.