Senarai Berita Palsu Tular Setakat 9 Pagi, 18 April – KKMM
KUALA LUMPUR, 18 April – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.
1. Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu menafikan dakwaan bahawa Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard atau BIPS Terengganu merampas penutup hidung dan mulut kain hitam buatan sendiri yang dipakai oleh petugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) dan menegaskan kepimpinan Polis Terengganu sentiasa mengambil berat tentang kebajikan semua petugas barisan hadapan.
2. Jabatan Kesihatan Negeri Johor menafikan mesej meminta orang ramai yang berada di Bank CIMB Bukit Gambir, Muar, Johor pada 10 hingga 13 April 2020 menjalani saringan COVID-19 kerana kononnya seorang pesakit positif COVID-19 dari Bukit Gambir telah mengunjungi bank tersebut dalam tempoh dinyatakan. – BERNAMA