Pertemuan pertama Majlis Presiden Kerajaan PN akan dengar taklimat isu ekonomi, COVID-19

18/12/2020 12:46 AM

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang penubuhannya dipersetujui hari ini akan mengadakan pertemuan pertama pada awal tahun hadapan untuk mendengar taklimat mengenai kedudukan ekonomi semasa negara, pengurusan COVID-19 dan penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi PN berkata Majlis Presiden itu akan bertemu dengan lebih kerap selepas ini.



“Saya merakamkan penghargaan kepada semua pimpinan parti yang telah sebulat suara mempersetujui pembentukan Majlis Presiden Kerajaan PN dan bertekad untuk mengorak langkah bersama demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara

Di samping itu, kami juga telah mempersetujui beberapa langkah ke hadapan termasuk penubuhan Sekretariat Setiausaha Agung parti-parti dalam kerajaan PN, penggubalan piagam antara parti yang akan dibincangkan di peringkat parti masing-masing dan persiapan pilihan raya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau malam ini.

Perdana Menteri berkata beliau berasa amat gembira dapat bersua muka dengan ketua dan pemimpin parti dalam kerajaan PN sewaktu perjumpaan yang berlangsung malam ini, dalam memastikan kestabilan politik negara serta menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.

Terdahulu Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata mesyuarat antara ketua-ketua parti dalam kerajaan PN hari ini bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Majlis Presiden Kerajaan PN bagi membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan.



Mesyuarat itu dipengerusikan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu.

PM Muhyiddin adakan pertemuan dengan pemimpin parti politik PN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading