Makin banyak sektor di China saksi pemulihan – WSJ

BEIJING, 18 Dis — Laporan The Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa menyatakan  ekonomi China mencatatkan pemulihan membabitkan sektor-sektor makin luas.

Menurut laporan itu, petunjuk diguna pakai untuk mengukur aktiviti perkilangan di China mencapai tahap tertinggi dalam tempoh tiga tahun, sekali gus menyumbang kepada peningkatan prestasi ekonomi negara ini.

Terdahulu, Biro Statistik Negara  (NBS)  China mengumumkan, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi November merekodkan 52.1 peratus, menokok  0.7 peratus berbanding Oktober; manakala indeks kegiatan perniagaan bukan perkilangan mencatat 56.4 peratus, dengan pertumbuhan sebanyak  0.2 peratus.



Menurur laporan itu lagi, sektor perindustrian menerajui memberikan nafas baharu kepada   ekonomi China sejak suku kedua tahun ini, sementara prestasi sektor perkilangan kekal kukuh apabila beberapa indeks menunjukkan tahap memuaskan, antaranya indeks penghasilan, indeks tempahan baharu dan indeks eksport baharu.

Selain itu, dengan keberkesanan pembendungan wabak COVID-19 dan kehidupan masyarakat kembali normal, sektor perkhidmatan dapat bernafas semula bagi memacu pemulihan ekonomi domestik.

WSJ turut memetik ahli strategi pasaran global dari Pengurusan Aset J.P. Morgan, Zhu Chaoping sebagai berkata, prestasi industri perkilangan China dijangka kekal kukuh dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

— BERNAMA



Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula 10 Jun ini – PM Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button