Perkhidmatan kereta api “Chang’an” kini meliputi 45 negara, wilayah

BEIJING, 20 Dis — Perkhidmatan kereta api kargo “Chang’an” yang beroperasi di 15 laluan kini meliputi 45 negara dan wilayah yang terlibat dalam Inisiatif Jalur & Laluan (BRI).

“Chang’an” yang berlepas dari bandar Xi’an, China ke Asia Tengah dan Eropah itu sebahagian daripada kereta api kargo China-Eropah yang memainkan peranan penting dalam pengangkutan rentas benua.

Walaupun berdepan cabaran penularan pandemik COVID-19 sejak awal tahun ini, “Chang’an” tetap beroperasi seperti biasa menghantar pelbagai barangan keperluan untuk melawan wabak, selain menjadi penyumbang terbesar dalam usaha membendung virus itu di dunia.



Dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, beberapa indeks komprehensif kereta api “Chang’an” termasuk pengoperasian, nisbah kontena besar, dan kadar pengangkutan kargo masing-masing menduduki tempat teratas sebagai peneraju utama perkhidmatan pengangkutan di China.

Kini, “Chang’an” bukan sahaja menyambungkan China dengan Asia Tengah dan Eropah, malah menyediakan pengangkutan ke Amerika Syarikat (AS), Australia, dan New Zealand melalui peralihan perkhidmatan kereta api kepada perkapalan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button