SPRM cari lelaki warga Indonesia untuk bantu siasatan kes
23/12/2020 07:52 PM
KUALA LUMPUR, 23 Dis — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang berusaha mengesan seorang lelaki warga Indonesia bagi membantu satu siasatan.
Lelaki berkenaan dikenali sebagai Ivan Rudiyanto, 44, dan beralamat terakhir di No 28 A-B, Jalan Sri Serawak 18, Taman Sri Andalas, 41200 Klang, dekat sini.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa S. Munuyandy dengan menelefon 011-5174 8211.