TETAP AKAN KAHWIN WALAUPUN DILARANG – SAKINAH BERSYUKUR KELUARGA RESTUI

“Seperti dijanjikan kalau ada benda yang baik kita akan umumkan. Itu yang saya umumkan dekat Melodi Extra kemudian barulah saya dedahkan. Sekarang ni kami rancang akan berkahwin dalam beberapa bulan lagi tahun depan, tapi tak tahu lagi dimana sama ada di Kuala Lumpur atau di Sweden kerana COVID-19.

“Sekarang ni kita bukan kahwin dengan keluarga dia, dia pun tak kahwin dengan keluarga saya, kalau keluarga saya cakap tidak pun tak boleh, kita tetap akan kahwin. Sebab kita orang dah besar, masing-masing dah 31 dan 41 tahun. Alhamdulillah, keluarga saya okay, keluarga dia pun okay. Tapi berbeza adat dan budaya.

“Kalau buat di KL keluarga dia akan datang sini, kalau buat di Sweden, keluarga saya kena datang sana. Tapi dengan COVID-19 ni, masih dalam perbincangan,” demikian kata pelakon Sharifah Sakinah.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Menerusi Melodi hari ini, Sakinah mengesahkan perkhabaran gembira itu namun buat masa ini tidak dapat dipastikan lagi sama ada majlis perkahwinan mereka akan di adakan di Kuala Lumpur atau di Sweden.

Mengulas mengenai penerimaan keluarga kedua-dua belah pihak, Sakinah berkata keluarga melarang pun mereka tetap akan berkahwin. Namun, Sakinah meluahkan rasa syukur kedua keluarga merestui perhubungan mereka.



Dalam pada itu, Sakinah berkata untuk perkahwinan keduanya itu dia mahu mengadakan majlis secara bersederhana. Ujarnya, apa yang paling penting utamakan perkara yang penting dahulu seperti akad nikah.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg



Image_6.jpg

Image_7.jpg

FOTO MESRA DIDUKUNG MAT SALEH – SAKINAH BERI ‘HINT’ DAH BERNIKAH?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button