“SAYA SUDAH 65, TAHUN DEPAN 66 TAHUN” – ROHANA JALIL TOLAK SERTAI GV

Image_1.jpg

Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil mengakui ada menerima jemputan untuk turut sama bersaing menerusi program hiburan realiti Gegar Vaganza (GV) sebelum ini. Namun begitu, Rohana berkata dia tekad untuk tidak menyertai GV.

Rohana, 65, berkata, atas faktor usia, dia lebih selesa untuk hadir ke konsert mingguan pertandingan tersebut bagi memberi sokongan kepada rakan artis yang bertanding.

“Memang ada jemputan untuk terlibat dalam GV tapi saya tak akan masuk. Saya sudah 65, tahun depan 66 tahun. Setakat menyanyi atas pentas membuat persembahan itu tiada masalah, tetapi bukan untuk bertanding.



“Rakan artis lain yang sebelum ini pun ada yang masuk dan secara langsung kita sudah tahu macam mana perjalanan dan komitmen yang diperlukan. Saya bimbang kalau tidak boleh nak ikut,” katanya.

Rohana turut mendedahkan, dia ada menerima pelawaan untuk terlibat dalam GV8, tetapi memilih untuk tidak menyertainya: “Mereka ada juga panggil untuk tahun depan, tetapi saya pilih untuk tidak ambil. Tak naklah, dah tua. Saya suka berikan sokongan pada artis bertanding.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg



“Kadang-kadang sampai segan juga sebab asyik hadir menonton. Bagaimanapun saya hormati mereka yang berada di pentas GV. Mereka berani sahut cabaran.

“Komen netizen pun macam-macam. Saya bukan tidak boleh terima kritikan, tetapi mungkin sebab saya sudah berusia. Kilafairy dan anak-anak lain pun memang tidak setuju kalau saya masuk.

“Kalaulah ketika itu umur saya 50 tahun, mungkin saya boleh pertimbangkan tawaran tersebut,” katanya yang bersyukur kerana tawaran nyanyian masih lagi ada.

Dalam perkembangan lain, Rohana kini terlibat dalam perniagaan import dan eksport daging frozen dan mentah, Rohana Jalil Resources Sdn Bhd dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan. Bisnes yang baru sahaja diusahakannya itu turut mendapat sokongan suami serta ahli keluarganya lain.



Image_3.jpg


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading