AMAR ASYRAF: “SAYA GERAM DENGAN KEGAGALAN SENDIRI… SEMUANYA SALAH DIRI SENDIRI”
Baru-baru ini, pelakon Amar Asyraf menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik satu entri dimana dia menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku dalam kehidupannya selama ini. Amar berkata, dia juga ‘menyakiti’ keluarga, rakan dan orang sekeliling dengan sikap dan tingkah laku yang tidak baik.
“2020 tahun yang buruk buat saya. Saya rasa ‘hilang’, marah, geram dan berasa saya seorang yang melawan dunia seorang diri. Saya geram dengan kegagalan sendiri tapi tak buat apa-apa dan tak mampu buat apa-apa untuk ubah hidup sendiri. Duit tak cukup, kes mahkamah syariah, nama kena tolak dengan stesen TV, boros sebab tekanan dan macam-macam lagi. Semuanya salah diri sendiri. Bukan salah siapa-siapa tapi salah diri sendiri. Bukan salah Arna (isteri), atau sesiapapun.
“Saya juga yang menyakiti orang lain. Saya menyakiti keluarga, rakan, mama dan abah, Arna, Taufiq dan Dian. Setiap orang yang berada dalam lingkungan saya. Saya menyakiti mereka dengan tingkah-laku saya yang tidak bagus. Saya menyerah untuk menjadi lelaki yang baik bertahun-tahun yang lalu.
“Saya tertekan makan dan semuanya. Saya tidak menjaga kesihatan dengan merokok begitu banyak. Saya membiarkan ego saya menang. Saya malah mempersoalkan Allah. Kenapa saya? Mengapa ini berlaku kepada saya? Namun saya tidak melakukan apa-apa. Saya membiarkan diri saya tenggelam dalam keadaan negatif saya yang sangat buruk dan terus mengecewakan orang yang saya sayangi.
Klik untuk gambar besar
“Saya berasa sangat buruk dengan dunia. Saya berasa semuanya tidak adil. Padahal yang berlaku tidak adil itu adalah diri saya sendiri. Saya membiarkan diri dikelilingi oleh negatif. Saya mempunyai beberapa peluang untuk berjaya dalam hidup dengan sifar peratus orang merosakkannya tetapi saya berjaya merosakkannya sendiri,” tulisnya.
Amar berkata, sudah sampai waktu dia berubah, mencari dan mengenal diri semula: “Saya tidak tahu diri saya. Saya benar-benar merasa kehilangan. Namun saya nampaknya tidak mempunyai inisiatif untuk meminta pertolongan. Maaf kerana mengecewakan banyak orang. Saya sangat menyesal. Saya minta maaf.
“I mahu ubah hidup. I mahu lebih positif. Sudah tiba masanya untuk saya mencari diri dan mengenal diri sendiri. Hanya Saya yang mampu ubah hidup. Bukan orang lain. Saya nak anak-anak ada masa depan yang lebih baik saya. Untuk Taufiq dan Dian,” kata pelako drama ‘Setia Hujung Nyawa’ itu lagi.