Polis tahan 15 ahli dua kumpulan samseng

29/12/2020 06:31 PM

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Polis menahan 15 ahli dua kumpulan samseng kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan menggunakan kayu dan topi keledar ketika berebut kawasan di Pandan Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Esha berkata penahanan dibuat selepas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya terserempak dengan kumpulan lelaki berkenaan di kawasan restoran di Jalan 4/33.



Beliau berkata semua suspek adalah warga tempatan berusia antara 17 dan 35 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal, dua kumpulan berkenaan terlibat dalam pergaduhan bermula di kawasan Lembah Jaya dan terus membawa ke kawasan lokasi tangkapan.

“Lima suspek mengalami kecederaan di kepala dan badan serta telah mendapat rawatan pesakit luar manakala seorang suspek ditahan di wad Hospital Ampang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Farouk berkata kes diklasifikasi mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat ini.



“Empat suspek mempunyai rekod lampau berhubung kes curi dan merusuh dan seorang suspek pernah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah manakala usaha mengesan serta menahan suspek yang masih bebas masih dijalankan,” katanya.

— BERNAMA

Polis tahan dua lelaki selepas kejar lebih 10 km




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading