Sanusi akan ‘menuntut ilmu kebal’ untuk melawan musuh?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Sanusi akan 'menuntut ilmu' untuk melawan musuh

Menteri Besar ‘Caretaker’ Kedah, Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor bertekad akan ‘menuntut ilmu’ untuk melawan musuh politik.



Beliau menyatakan demikian dalam satu ucapan kempen mempertahankan kisah sebuah banglo yang tular di media sosial.

Sanusi akan 'menuntut ilmu' untuk melawan musuh

Semalam, Sanusi menafikan imej banglo yang tular itu miliknya sebaliknya menyatakan banglo itu milik salah seorang adik beradiknya.

Seorang lagi adik beradik Sanusi turut mengakui banglo tersebut milik abang mereka dan menyatakan pekerjaan yang diceburi oleh abang mereka.



Sanusi semasa bercakap mengenai banglo tersebut sempat bercerita mengenai ‘ilmu kunci sendi’ yang dimiliki bapanya, Md Nor yang menyebabkan kulit beliau tidak dapat ditembusi jarum tajam kecuali selepas ‘membuka kunci’.

Ilmu tersebut akan dituntut Sanusi bagi memastikan lawannya selepas ini juga tidak dapat menembusi kulit beliau pula.

Ternyata, walau berada dalam sebuah parti yang kononnya Islam, Sanusi turut terpengaruh dengan ‘ilmu’ yang tidak diketahui samada bercanggah dengan syariat Islam atau tidak.

Jika ‘ilmu kunci sendi’ itu dibenarkan Islam, sudah tentu Nabi Muhammad SAW tidak mengalami kecederaan semasa berperang sehingga patah gigi Baginda.



Apakah Sanusi dalam masa sama mengakui wujud perlakuan ‘syirik’ yang akan beliau tuntut? Apa pandangan Majlis Syura PAS mengenai pendedahan Sanusi?

Adakah ‘ilmu kunci sendi’ itu merupakan sebahagian dari ilmu kebal yang boleh menyebabkan syirik berlaku?

Sanusi dalam pada itu tidak berani mendedahkan harga sebenar banglo tersebut kepada orang ramai. 



Namun demikian, seperti biasa, penyokong PAS akan tetap mempertahankan pemimpin mereka dengan apa cara sekalipun walau mengetahui perkara tersebut menyalahi syariat Islam itu sendiri.

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading