99 peratus kampung di Tibet diliputi jaringan 4G dan jalur lebar

30/12/2020 03:02 PM

BEIJING, 30 Dis — Sejak memasuki era 4G pada 2017, pembinaan infrastuktur telekomunikasi di Tibet berjaya mencapai kemajuan pesat.

Sehingga kini, terdapat sebanyak 5,417 kampung diliputi jaringan 4G, manakala sebanyak 5,439 kampung mempunyai kemudahan jalur lebar, dengan kadar liputan masing-masing mencapai 99 peratus.



Kemudahan teknologi telekomunikasi turut dilihat meningkatkan taraf hidup penduduk Tibet secara menyeluruh menyaksikan aktiviti beli-belah dalam talian menjadi pilihan popular dalam kalangan penduduk tempatan.

Untuk rekod, telekomunikasi 5G dalam bidang lain termasuk perubatan dan pelancongan juga sedang dipopularkan di Tibet.

Sementara itu, makmal perubatan pintar 5G yang pertama juga siap dibina sepenuhnya di Hospital Rakyat bandar Lhasa.

Kemudahan itu membolehkan pesakit mendapatkan konsultasi doktor pada jarak jauh menggunakan teknologi 5G yang turut berjaya membantu mengubati ramai pesakit.



Pada setengah tahun pertama tahun ini, hampir seribu stesen pangkalan 5G telah dibina di wilayah Tibet.

Menurut perancangan, kawasan utama di bandar-bandar Tibet akan diliputi dengan jaringan 5G pada tahun ini.

AS benarkan sekatan untuk campur tangan China isu Dalai Lama



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button