Padang bola sepak bakal jadi kemestian di komuniti China

30/12/2020 02:54 PM

BEIJING, 30 Dis — Menjelang 2025, semua komuniti perumahan baharu perlu dilengkapi dengan sekurang-kurang sebuah padang bola sepak.

Menurut kenyataan bersama Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Desa China (MOHURD) serta Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara semalam, projek perintis telah dilaksanakan di sembilan buah bandar bermula tahun lepas.



Sembilan kawasan itu termasuk Wuhan, Dalian, Hohhot, Yantai, Xiaogan, Meizhou, Shenzhen, Fuzhou dan Wangqing.

Selain itu, sebanyak 779 padang bola sepak di kawasan komuniti perumahan telah dibina atau dibaik pulih setakat ini.

Naib Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Desa, Huang Yan berkata pelbagai langkah sudah diambil untuk mempermudah prosedur kelulusan, perancangan, dan pembinaan projek padang bola sepak di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, MOHURD turut menjelaskan China menyasarkan sekurang-kurangnya sebuah padang bola wajib dibina di setiap komuniti perumahan di bandar-bandar utama negara ini menjelang 2025, manakala semua komuniti dan wilayah perlu mempunyai sebuah padang bola standard menjelang 2035.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button