Satu daripada empat rakyat Amerika anggap 2020 tahun “menggerikan” – Tinjauan

WASHINGTON, 31 Dis — Satu daripada empat rakyat Amerika menyifatkan 2020, tahun yang “dasyat” atau “mengerikan”.

Tinjauan USA Today/Suffolk University terhadap 1,000 pemilih berdaftar pada 16-20 Disember, mendapati 15 peratus responden menggambarkan keadaan itu sesuatu yang memeritkan dan mencetuskan tekanan, lapor agensi berita Xinhua.

Hanya tujuh peratus berfikiran positif dengan menyatakan 2020 tahun yang “OK/indah/baik” atau “mencetuskan kesedaran/kebangkitan”, manakala lima peratus bersikap neutral beranggapan “berbeza” dan “belum pernah terjadi sebelum ini.”



Tahun 2020 diwarnai dengan pilihan raya presiden Amerika Syarikat yang menyaksikan jumlah keluar mengundi paling tinggi dalam sejarah 120 tahun negara ini, isu perkauman berikutan kematian George Floyd dan peningkatan kes serta kematian akibat COVID-19.

USA Today melaporkan AS berada di persimpangan dan berdepan empat persoalan penting: apakah demokrasi sudah rosak; isu perkauman sampai ke tahap kemuncak; wabak dapat dihapuskan; dan adakah semangat pengundi kekal bertahan lama.

“Jika diimbau 50 tahun lalu dan boleh dikatakan tahun ini menyaksikan satu perubahan penting,” kata Jim Messina, yang menguruskan kempen Presiden Barack Obama pada 2012.

Perubahan itu “telah mempengaruhi ekonomi, pengaruh media sosial, kekuatan dasar parti politik dan pandangan orang Amerika mengenai peranan kerajaan.”



AS “berada di tengah krisis kesihatan awam yang sangat mencabar dan mendesak” apabila jutaan rakyatnya hilang pekerjaan dan jurang ekonomi yang semakin lebar.

NEELOFA ANGGAP UJIAN KECIL – PUTERI SARAH MOHON DOA SEMUA PIHAK



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button