DEMI RAKYAT DAN NEGARA- Lumpuhkan Kerajaan Lemah Serta Kleptokrasi Pada PRU 15.

Kebenaran  hakikat politik Malaysia pada hari ini melihatkan kepada kita betapa kerakusan kuasa dan sikap tamak yang diselumuti batang tubuh ahli politik  yang lupa daratan dan lupa hakikat betapa mereka amat lemah dipersada politik sekrang.

Hari ini kita diterajui sebuah kerajaan yang amat lemah dan tidak mampu menarik ekonomi Negara ketahap yang membanggakan, Kerajhaan hari ini hanya mampu menghabiskan asset yang telah dikumpul oleh kerajaan terdahulu.

Kerajaan yang lemah secara amnya tidak akan mendapat keyakinan pelabur masuk melabur kedalam Negara. Ianya juga dilihat tidak mendatangkan sebarang faedah kepada masa depan Negara dan juga rakyatnya.



Malaysia sebuah Negara yang bergantung kepada kemasukan perlaburan asing dalam memacu ekonomi dan mengembangkan struktur peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Apa yang berlaku sekarang ialah apabila sebuah kerajaan yang tidak mendapat keyakinan dari perlaburan sudah pastinya akan menjadikan sebuah Negara  dalam keadaan statiik dan prestasi ekonomi yang menjunam.

Sampai bila sebuah kerajaan hanya mahu bergantung kepada hasil tabungan Negara? Tabungan Negara sumber yang dihasilkan melalui percukaian yang dikenakan kepada rakyat ada had dan batasnya untuk digunakan.

Tambahan pula Negara sedang berhadapan dengan pandemic covid 19 yang mana saban hari penularan jangkitannya semakin meningkat. Kos perbelanjaan sudah pastinya meningkat setiap hari. Tanpa sumber ekonomi yang manpan, Negara kan mengalami situasi kelumpuhan untuk bergerak kehadapan.



Sehingga kini kerajaan masih lagi belum mengorak langkah drastik untuk memulihkan keyakinan untuk menarik perlaburan masuk dalam Negara. Malah rakyat melihat banyak kilang kilang mula menukar Negara perlaburan mereka ke Negara yang mana memiliki politik yang stabil.

Kerajaan hari ini adalah sebuah kerajaan yang tidak mampu mentadbir sebuah Negara, rata rata setiap hari hanya gimik politik dimainkan untuk menyedapkan hati rakyat.  Rakyat semakin tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kadar pengangguaran yang tinggi serta kebajikan rakyat diabaikan.

Oleh itu, sebuah Negara memerlukan sebuah kerajaan yang kuat dan mendapat kepercayaan dari pelabur untuk datang membuka kilang yang bertaraf multinational. Sehingga kini tiada satu pun syarikat yang bertaraf multinational datang membuka industi mereka dalam Negara ini sejaka pertukaran berlaku.

Rakyat hanya dapat melihat sebuah kerajaan yang dikendalikan oleh mereka yang kleptokrasi yang mana asyik menjual asset Negara , bukan untuk kepentingan Negara tetapi hanya kepentingan krooni dan mereka juga pengamal nepotisme.



Siapakah yang akan meyelamatkan Negara ini, semuanya berada ditangan pengundi-pengundi yang sedar tentang permasalahan Negara ini akibat kerakusan pengundi yang telah menukar kerajaan pada PRU14 yang lalu.

PRU15 adalah jalan keluar bagi rakyat untuk melepaskan diri dari apa yang sedang berlaku sekarang dimana sebuah kerajaan yang dikuasai oleh pemimpin yang tiada tokoh sebagai pemimpin sedang menerajui Negara ketika ini.

Harus diingatkan bahawa kerajaan memerlukan sebuah parti yang kuat dan mempunyai rekod cemerlang dalam sejarah pentadbiran Negara. Rakyat harus memilih sebuah parti yang diyakini dapat melonjakkan ekonomi dan membuka ruang perkerjaan yang luas dan bukan menutup semua projek ekonomi dan meningkatkan pengangguran.

PRU15- Muafakat Nasional ( BN dan PAS) Atau Perikatan Nasional (PPBM dan PAS)?



Pada PRU 15 akan datang, semua rakyat harus bertekad tanpa prejudis dengan kerpartian dan  melihat sebuah parti yang diyakini akan membela nasib rakyat. Melonjakkan ekonomi Negara dan bersikap tegas terhadap amapan individu yang mengamalkan dasar kleptokrasi.

Kemelut ini tidapat diselesaikan jika rakyat masih lagi mahu mendokong sebuah kerajaan yang bergantung kepada sokongan  parti yang kuat sebagai sebuah kerajaan. Ini akan merosakkan sebuah Negara dan  sekali gus akan mengundang malapetaka kepada rakyat dan Negara.

Hari ini, UMNO telah bersidang dan difahamkan bahawa  sebanyak 143 bahagian telah menolak untuk menyokong kerajaan hari ini yang amat lemah dalam sistem pentadbiran Negara. Sebanyak 48 bahagian UMNO dilihat menyatakan  sokongan terhadap parti kerajaan  hari ini.



Sebagai langkah yang terbaik UMNO seharusnya menampilkan muka baharu yang berpotensi sebagai calon pilihanraya akan datang. Bukan itu sahaja, UMNO juga seharusnya mesti berani bertanding lebih banyak kerusi serta mengambil semula kerusi yang dikhianti oleh pemimpin UMNO.

Semasa penubuhan  Muafakat Nasional, rakyat sudah dapat melihat bahawa menyatakan sokongan kepada PPBM adalah satu kesilapan yang terbesar dilakukan oleh UMNO. Desakan dari rakyat agar sokongan tidak dibuat tidak diendahkan oleh pemimpin UMNO.

Sekarang kita sedang melihat bagaimana pengkhianatan dilakukan didalam UMNO oleh Perikatan nasional. Proses jual beli pemimpin dilakukan oleh pemimpin PN dilakukan secara senyap



Masa belum terlambat bagi UMNO untuk bertindak sebelum tersungkur dikaki sebuah parti yang menumpang dan akhirnya UMNO yang akan dijadikan budak suruhan atau balaci politik kepada PN.  Perjuangan harus bermaruah walaupun maruah UMNO sudah tercalar dek perbuatan dan tindakan yang tidak mengkaji asal usul parti yang datang menumpang.

Cukuplah UMNO semasa menyatakan sokongan sudah dilihat sebagai parti yang sentiasa merengek seperti budak kecil mahukan ais krim. Cukup lah UMNO dilihat seperti melukut ditepi gantang. Adalah lebih baik bagi UMNO membina satu perubahan baharu dengan lebih berani dan lebih bermaruah.

Biarlah UMNO dikalakan tidak lkeluar dari kepompong dari terus menjadi balaci politik demi kepentingan pemimpin yang sudah selesa dengan kerusi empuk dan menjadi jurucakap bagi parti yang menumpang.

Mana tahu, mungkin dengan perubahan berani UMNO akan dapat membawa satu perubahan baru dalam pilihanraya 15 akan datang  dengan kesedaran rakyat dengan apa yang berlaku sekarang. Walaupun amat bahaya diatas kertasnya, tetapi kuasa sebenarnya ialah ditangan pengundi yang sudah melihat segalanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button