Jalan Lojing-Gua Musang ditutup


Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang menghala dari Lojing ke Gua Musang terbalik dibawa lumpur ketika hujan lebat di Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 92 dekat Lojing di sini hari ini. Jalan tersebut ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah bukit runtuh sepanjang dua kilometer yang dipenuhi batu, kayu dan lumpur berikutan kejadian jam 3.30 petang tadi –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

04/01/2021 12:32 AM

KOTA BHARU, 3 Jan — Jalan Lojing-Gua Musang di Kilometer (Km) 60 hingga Km 62 ditutup kepada semua kenderaan kerana tanah runtuh dan banjir lumpur kira-kira 3.30 petang tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata jalan yang terjejas dan tidak dapat dilalui kenderaan itu adalah sepanjang 1.5 km.



“Hujan lebat berterusan sejak tengah hari tadi menyebabkan kegagalan struktur tanah sehingga berlakunya runtuhan dan banjir lumpur sedalam antara 0.35 meter (m) hingga 0.76m.

Pemantauan mendapati banjir lumpur itu turut membawa bersama batu-batan serta bongkah kayu. Setakat ini tiada sebarang kemalangan menimpa pengguna jalan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button