MAPRO minta SPRM siasat kegiatan rasuah IPD di Selangor

31/12/2020 08:35 PM

PUTRAJAYA, 31 Dis — Pertubuhan Organisasi Kebajikan Rakyat Malaysia (MAPRO) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kegiatan rasuah yang didakwa berlaku di sebuah ibu pejabat polis daerah di Selangor.

Presiden Kebangsaannya T. Sivanesan berkata terdapat pegawai kanan serta anggota di ibu pejabat polis daerah itu yang dipercayai mempunyai kekayaan luar biasa iaitu kereta dan rumah mewah kerana dipercayai terlibat aktiviti rasuah dan salah guna kuasa.



“Oleh itu, saya datang ke SPRM hari ini bagi meminta mereka lakukan siasatan dan menyerahkan beberapa bukti serta dokumen untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat aduan mengenai perkara itu di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga telah bertemu Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Allaudeen Abdul Majid bagi memaklumkan mengenai perkara itu.

“Beliau (Allaudeen) sendiri telah turun padang dan saya harap siasatan mengenai kes ini dapat dilaksanakan dengan telus oleh JIPS Bukit Aman dan SPRM ,” katanya.

SPRM siasat Ketua Polis Daerah




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading