Hormati Demokrasi Sekiranya Mahu Negara Di Hormati

Hormati Demokrasi Sekiranya Mahu Negara Di Hormati

Hormati Demokrasi Sekiranya Mahu Negara Di Hormati

Sejak Barisan Nasional kehilangan kuasa dalam PRU 14 pada tahun 2018, politik negara memasuki era baharu yang penuh dengan kesongsangan.

Asas pentadbiran negara adalah mengamalkan pemerintahan Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

3 badan utama yang menjadi tunggak pemerintahan, legislatif, eksekutif dan kehakiman berada di bawah payung Majlis Raja Raja Melayu yang diketuai oleh YDP Agong.

Dari sudut politik, negara mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.



Ahli Dewan Rakyat akan diberikan mandat oleh rakyat melalui pilihanraya.

Manakala perdana menteri pula akan ditentukan melalui sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat yang telah diberikan mandat oleh rakyat.

Menjadi prinsip asas dalam amalan demokrasi, pihak majoriti akan memimpin pihak minoriti.

Pemimpin mesti diberikan kuasa untuk membuat keputusan dan kuasa itu diperolehi dari sokongan majoriti.



Akibat Kesongsangan Demokrasi Yang Di Perkenalkan Oleh Dr Mahathir

Tetapi kesongsangan prinsip demokrasi berlaku di negara kita apabila Dr Mahathir merampas kerusi perdana menteri dari parti PKR.

Dalam PRU 14, gabungan parti di dalam Pakatan Harapan memenangi 113 kerusi Dewan Rakyat sebelum Warisan dan beberapa calon Bebas menyertai mereka.

Selepas Warisan dan beberapa ahli Dewan Rakyat Bebas menyertai Pakatan Harapan, jumlah keseluruhan ahli Dewan Rakyat di dalam Pakatan Harapan ketika itu adalah 125.

Ia cukup untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil.

Tetapi mengapa kerajaan Pakatan Harapan ketika itu hanya mampu bertahan selama 22 bulan?

Ini adalah kerana Dr Mahathir yang memimpin PPBM yang hanya mempunyai 13 ahli Dewan Rakyat telah dipilih sebagai perdana menteri.

Prinsip majoriti memimpin minoriti telah ditolak tepi.

Apabila berlaku kesongsangan prinsip demokrasi, maka berlakulah keadaan yang tidak stabil di pihak kerajaan sendiri.

Perdana Menteri yang dipilih terpaksa mengikut telunjuk pihak majoriti kerana bimbang akan kehilangan kuasa.

Masa pemerintahan yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan negara telah digunakan untuk percaturan politik demi untuk mengekalkan kuasa.

Akhirnya yang menjadi mangsa dan rakyat.

Apabila sistem yang sama diteruskan oleh 2 perdana menteri selepas beliau, keadaan politik negara menjadi semakin tidak stabil.

Berlakulah pertukaran perdana menteri dan kerajaan sebanyak 3 kali dalam satu penggal.

Kesan Kesongsangan Demokrasi Dalam Hubungan Luar Negara

Kesan dari kesongsangan demokrasi bukan sahaja menyebabkan masalah politik domestik.

Tetapi ianya juga turut dirasakan dalam hubungan diplomatik negara dengan negara luar.

Pasti kita masih lagi belum lupa bagaimana Muhyiddin Yasin yang menggantikan Dr Mahathir dengan cara yang cukup tidak bermoral walau pun berpelembagaan.

Rakyat Malaysia sendiri telah mengaibkan beliau dalam lawatan beliau ke Indonesia.

Laman media sosial Presiden Indonesia, Jokowi, diserang oleh netizen Malaysia dengan kecaman terhadap Muhyiddin.

Ianya membuatkan kerajaan Indonesia terkejut apabila melihat rakyat Malaysia mengaibkan pemimpin utama mereka sendiri.

Akhirnya Muhyiddin terpaksa memendekkan tempoh lawatan ke Indonesia.

Perkara yang sama berlaku kepada Ismail Sabri yang menggantikan Muhyiddin.

Lawatan beliau ke UAE tidak mendapat penghormatan dari kerajaan UAE, malah ianya merupakan satu penghinaan kepada maruah negara.

Walau pun sudah dimaklumkan mengenai lawatan rasmi beliau, namun tidak ada walau seorang pun wakil dari kerajaan UAE menyambut beliau di lapangan terbang.

Malah beliau terpaksa menunggu beberapa ketika kerana khabarnya urusan paspot beliau tidak diuruskan sebagai paspot VVIP sebagaimana sepatutnya.

Malah, ketika ucapan beliau di UNGA 2022, PBB, hampir keseluruhan dewan dilaporkan kosong kerana perwakilan tidak mengiktiraf kedudukan beliau.

Mengapa perkara yang sangat mengaibkan ini berlaku?

Kerana negara luar tidak menghormati pemimpin yang dinaikkan tanpa mengikut prinsip demokrasi yang sebenarnya.

Yang menanggung aibnya adalah rakyat dan negara.

Hormatilah prinsip demokrasi sekiranya kita mahu rakyat dan negara dihormati sebagai rakyat dan negara yang berdaulat oleh negara luar.

Hormati Demokrasi Sekiranya Mahu Negara Di Hormati

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker