HARRIS ALIF: “BUKAN PELIK, ADA MASIH BERSEKOLAH DAH KAHWIN” – INTAN: TIADA ISU MUDA ATAU TUA…”
“Bagi saya kalau nak cakap soal jodoh ni kita tak tahu bila… ini bukan kali pertama orang berusia 21 tahun berkahwin, bukan perkara pelik dan mengejutkan sebab ada orang lagi muda yang masih bersekolah dah berkahwin.
“Semestinya sebagai seorang lelaki yang nak jadi suami dan memimpin keluarga, saya dah buat persediaan sendiri. Segala tunjuk ajar saya terima dari ibu bapa, Alhamdulillah tak ada masalah mengenai persediaan ini.
“Saya pun banyak bercampur dengan orang lebih dewasa yang dah ada keluarga, daripada situ kita belajar tengok kerenah anak-anak dan sebagainya… jadi benda-benda ini kita ambil sebagai persediaan sendiri, tak perlulah nak tanya orang macam mana nak kahwin!” demikianlaha kata penyanyi, pelakon dan pengacara Harris Alif.
Bakal mendirikan rumah tangga dalam usia yang masih muda, Harris Alif berkata dia sudah bersedia untuk melangkah ke fasa baharu bergelar seorang suami.
Klik untuk gambar besar
Menurut Harris, 21, dia tidak menjadikan perbezaan usia sebagai penghalang untuk dia menamatkan zaman bujang dengan kekasih hati yang juga pelakon Intan Ladyana.
Pada Selasa, Harris Alif dan Intan Ladyana mengumumkan mereka bakal disatukan sebagai suami isteri pada 6 Februari depan. Pasangan ini akan bernikah di sebuah masjid di Kuala Lumpur diikuti majlis resepsi di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.
Meskipun terdapat perbezaan usia, Intan berkata Harris seorang lelaki yang matang dalam perhubungan. Justeru itu, dia terbuka hati menerima lamaran penyanyi lagu ‘Anugerah’ itu dan bersedia menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihan hatinya itu.
“Sebenarnya tiada isu lelaki lebih muda atau tua… sebab kalau Allah dah kata itu jodoh kita, itulah jodoh! Kalau dia umur 40 tahun tapi tak matang, macam mana nak kahwin! Jadi saya tak kisah tentang usia kerana itu hanya angka dan bukan ukuran menentukan kematangan seseorang.
“Sejak awal perkenalan saya nampak Harris lebih matang dari usia… lihat cara dia bercakap, mudah untuk berkomunikasi kerana apa yang saya cuba sampaikan dia faham,” ujarnya.
Terdahulu, Harris mengakui sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu. Pengacara program Generasi Z itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut.