Habis madu sepah dibuang, PAS akan sokong PMX?

Oleh – Bakhtiar Omar


Habis madu sepah dibuang, PAS akan sokong PMX?

Khabar angin politik menyatakan Parti Islam Se-Malaysia-PAS akan membuat kejutan dengan memberikan sokongan kepada PMX tetapi tidak meninggalkan Perikatan Nasional.

Perkara ini agak mustahil untuk dilaksanakan kerana PAS merupakan gandingan yang sangat diperlukan BERSATU di dalam Perikatan Nasional.

Namun demikian, PAS juga berhak berbuat demikian sekiranya mereka mahukan peruntukan disalurkan kepada rakyat di kawasan yang diwakili mereka.

Sekiranya PAS memikirkan mengenai kebajikan rakyat serta dapat membangunkan infrstruktur setempat, wajar bagi wakil rakyat PAS memberi sokongan kepada PMX dalam ertikata politik.

PAS dalam masa sama telah melantik Penasihat Ekonomi untuk 4 negeri di bawah pentadbiran mereka yang dikenali sebagai SG4. Namun demikian, tindakan itu seolah tidak disenangi segelintir pemimpin dari BERSATU.

Agak malang bagi BERSATU, individu yang dilantik sebagai Penasihat Ekonomi merupakan bekas Pengerusi BERSATU yang telah dipecat mereka. Ini menimbulkan sedikit konflik dalam hubungan PAS-BERSATU.

Untuk ‘mendamaikan’ suasana, PAS perlu mengambil pendekatan lebih mesra dengan BERSATU tetapi dalam masa sama memberi isyarat kepada BERSATU “i am the boss”.

Ini penting agar BERSATU ‘sedar diri’ kerana tanpa PAS, tidak mungkin Perikatan Nasional boleh memenangi PRN 2023 lepas. Selain itu, jumlah kerusi yang dimiliki PAS juga agak besar berbanding BERSATU baik di peringkat Dun mahupun Parlimen.

Habis madu sepah dibuang, PAS akan sokong PMX?

REVOLUSI AKAN DILAKUKAN UNTUK SURVIVAL PAS DALAM ARENA POLITIK PERDANA

Tetapi sebelum PAS memberi sokongan kepada PMX, dikhabarkan satu revolusi akan berlaku dan ini akan lebih mengejutkan semua pihak.

Presiden PAS akan meletakkan jawatan kerana alasan kesihatan dan digantikan dengan seorang individu yang lebih disenangi di kedua-dua peringkat tertinggi PAS, Dewan Ulama dan Majlis Syura PAS.

Seorang individu dikatakan akan meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri bagi memberi fokus kepada parlimen dan digantikan dengan seorang individu yang amat dikenali di Terengganu manakala Menteri Besar di dua negeri PAS akan ditukarkan serta merta.

Kedua-dua jawatan tersebut akan diisi oleh mereka yang lebih berkredibiliti dan memunyai latar belakang pengajian yang lebih baik dari sebelumnya.

Semua perancangan ini masih dalam pertimbangan dan tidak dapat disahkan lagi oleh mana-mana pihak buat masa sekarang.

Cuma yang menjadi persoalan, adakah BERSATU akan bersetuju langkah yang akan dilakukan PAS?

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker