Berapa Ramai Bakal Kluster Mahkamah Dalam Kabinet Bayangan PN

Berapa Ramai Bakal Kluster Mahkamah Dalam Kabinet Bayangan PN

5 hari lepas, pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yasin, mengumumkan kabinet bayangan PN untuk parlimen penggal ke 15.

Muhyiddin menamakan diri beliau sebagai ‘perdana menteri’.



Timb pengerusi PN yang juga merupakan presiden PAS, Hadi Awang sebagai ‘timbalan perdana menteri’.

Turut tersenarai dalam kabinet bayangan Muhyiddin adalah timb presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man untuk portfolio Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Manakala Dr Radzi Jidin pula mengetuai tugas berkaitan portfolio Kewangan dan Ekonomi.

Ronald Kiandee diberi tugas berkaitan portfolio Pertanian dan Keterjaminan Makanan.



Idris Ahmad pula untuk portfolio Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Jawatan yang pernah disandangnya ketika berada dalam kerajaan PN.

Turut sama adalah Takiyuddin Hassan (Kementerian Dalam Negeri).

Dan Shahidan Kassim mengetuai portfolio Kemajuan Desa dan Wilayah.



Untuk senarai penuh, lihat di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1058937/muhyiddin-umum-kabinet-bayangan-pn

Pembentukan kabinet bayangan oleh pembangkang adalah satu langkah yang perlu.

Ianya supaya semua dasar yang dikeluarkan oleh kerajaan mempunyai semak dan imbang mengikut kementerian.



Tetapi, penulis agak musykil.

Kerana yang dipilih untuk menerajui kabinet bayangan, Muhyiddin adalah antara ahli parlimen yang paling malas hadir ke parlimen dalam penggal ke 14.

Orang nombor dua di dalam kabinet bayangan tersebut adalah Hadi Awang.

Kedua-dua mereka menduduki carta 5 teratas ahli parlimen yang paling malas datang ke parlimen dalam penggal ke 14.



Baca di sini:

https://soscili.my/tak-hadir-ponteng-parlimen-hamzah-zainudin/

Tidak hanya itu, timbul pula pertanyaan, berapa ramai pula antara mereka yang tersenarai bakal menjadi kluster mahkamah?

Setakat ini yang hampir pasti adalah Muhyiddin dan Hadi Awang sendiri.



Muhyiddin bakal turun naik pejabat SPRM dan mahkamah berkaitan ketirisan perbelanjaan dana kerajaan sebanyak RM92.5 bilion.

Manakala Hadi Awang pula bakal kehilangan kerusi parlimen Marang.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/02/03/kerana-sedekah-hadi-awang-bakal-kehilangan-kerusi-parlimen-marang/

Kesimpulannya, bolehkah kabinet bayangan itu boleh berfungsi apabila ianya dibarisi bakal kluster mahkamah dan kaki ponteng parlimen?

 

Berapa Ramai Bakal Kluster Mahkamah Dalam Kabinet Bayangan PN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button