Remaja lelaki kena cabul ketika tidur dalam masjid

Kawan-kawan pernah jadi mangsa suspek yang sama

Remaja lelaki kena cabul ketika tidur dalam masjid

Remaja lelaki kena cabul ketika tidur dalam masjidSuspek ditahan polis selepas mangsa membuat laporan. (Gambar Hiasan)

SEORANG lelaki berusia 28 tahun ditahan polis kerana disyaki melakukan jenayah seksual terhadap remaja bawah umur.

Suspek didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di tingkat dua sebuah masjid di Kapanewon Gamping, Kabupaten Sleman, Indonesia, pada 15 Januari lalu.



Menurut polis dari Ibu Pejabat Polis Sleman, M. Safiudin, suspek disyaki mencabul remaja lelaki berusia 16 tahun yang sedang tidur sebelum kejadian tersebut disedari oleh seorang saksi.

Melihat perbuatan suspek, saksi kemudian mengejutkan mangsa.

Selepas itu mangsa pulang ke rumah dan menceritakan apa yang berlaku kepada rakan-rakan serta ibu bapanya.

“Selepas mangsa memberitahu rakan-rakannya mengenai kejadian itu, mereka juga membuka cerita bahawa pernah menjadi mangsa kepada pelaku yang sama,” dedah polis lagi.



Lebih mengejutkan, pelaku didakwa mula melakukan kegiatan itu sejak tahun 2013 lagi.

Biarpun ada beberapa individu mendakwa pernah menjadi mangsa, namun hanya satu laporan dibuat setakat ini, kata polis lagi.

Safiudin berkata, suspek merupakan ketua pemuda masjid berkenaan.

Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Sleman dan berdepan hukuman penjara 15 tahun atas perbuatannya itu.

Sebagai peringatan, perbuatan jenayah seksual bukan sahaja salah dari segi undang-undang atau malah turut diharamkan haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.- Kompas.

Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini

Remaja lelaki kena cabul ketika tidur dalam masjid

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker