MB Pahang Ziarah Keluarga Mangsa Tragedi Bot Karam
Keluarga Mangsa Tragedi Bot Karam Redha Ketentuan Tuhan
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=vkui513RA_M[/embedyt]Banjir yang melanda Pahang membawa kedukaan buat keluarga mangsa bot karam di Kg Bertang. “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul” itu ungkapan yang mampu dizahirkan YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail ketika menziarahi keluarga mangsa tragedi bot karam yang mengorbankan 2 nyawa.
Wan Rosdy sempat meluangkan masa bertanya khabar dan memberi semangat kepada Ahmad Husin bin Mad Aris yang kehilangan isteri dan anak perempuannya minggu lalu.
Dalam tragedi itu mangsa, Allahyarhamah Rozi Binti Omar dan Zakirah Binti Ahmad Husin lemas di Sungai Jelai selepas bot yang mereka naiki karam apabila melanggar tali boya yang merentangi Sg Jelai. Kedua-dua jenazah telah ditemui dan selamat dikebumikan.
Al Fatihah buat mangsa.
Mangsa hilang dalam tragedi bot karam ditemukan terapung