Mangsa hilang dalam tragedi bot karam ditemukan terapung

04/01/2021 12:27 AM

PASIR PUTEH, 3 Jan — Mayat seorang lelaki yang dipercayai antara mangsa yang hilang dalam tragedi bot karam berhampiran perairan Pulau Perhentian, Terengganu empat hari lepas ditemukan petang tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kapten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata Asaari Leh, 46, ditemukan orang awam dalam keadaan terapung di lokasi 8.3 batu nautika di barat daya Pulau Perhentian pada 5.30 petang.



“Mayat mangsa dibawa oleh kapal Maritim untuk didaratkan di Jeti APMM malam ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam insiden itu, empat lelaki yang kesemuanya nelayan terselamat apabila berjaya tiba di Pulau Perhentian selepas terpaksa berenang selama 14 jam.

Mangsa pula dipercayai berenang bersendiran setelah terpisah dengan rakan-rakannya selepas bertindak terjun dari bot yang hampir tenggelam dalam keadaan ribut, hujan lebat dan ombak besar.

Muhd Nur Syam berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan bagi tujuan bedah siasat di Hospital Besut sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di kampung asalnya di Gong Keding, Pasir Puteh.



Beliau berkata 83 anggota pelbagai agensi melancarkan gerakan mengesan mangsa menggunakan aset laut dan udara sepanjang kehilangannya.

Mayat kedua daripada empat mangsa bot karam di perairan Selangor ditemukan – APMM

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button