Anak Muda dan Politik Malaysia
Anak muda lambang kebanggaan Negara, sebagai pengerak masa depan Negara jika mereka dikalangan anak muda mampu menjadi anak muda yang matang dalam percaturan pemikiran.
Dalam seusia muda mereka, diwaktu ini mereka diasak dengan pelbagai cabaran kehidupan yang mana memerlukan proses timbang tara yang sesuai menurut akal yang bijak.
Setiap keputusan yang diambil wajar diambil kira kesan atau impaknya kepada diri, keluarga dan Negara. Dalam mengharungi carbaran ini ianya tidak akan menjadikan kehidupan mereka lebih mudah jika mereka hanya berbekalkan semangat dan keberanian.
Kebiasaannya anak muda lebih terserlah untuk menunjukkan keberanian mereka sebagai pemimpin masa depan dengan lontaran idea idea yang pada kebanyakannya tidak dikaji secara terperinci serta ada sebahagian dari mereka menggunakan maklumat yang tidak tepat.
Anak muda biasanya dikaitkan dengan tindakan radikal yang mana sentiasa inginkan sesuatu yang baru, kecenderungan untuk mengubah sesuatu berdasarkan pemikiran mereka, Ianya hanya dilihat satu tindakan jangka pendek yang merugikan.
Bagi mereka politik itu sebagai satu yang amat menjijikkan, cetek dan dipenuhi pemimpin gila kuasa. Perkara ini kita dapat melihat bagaimana kecaman , paparan yang dihantar melalui media social. Mereka bertindak sebagai penentang.
Sesetengah dari mereka beranggapan suasana politik sekarang seharusnya diubah dan ditukar kepada kepimpinan muda. Sebilangan golongan muda ada juga yang beranggapan bahawa menyifatkan politik merupakan bidang dan lapangan yang dianggotai orang tua sahaja yang diselimuti dengan korupsi dan salah guna kuasa
Berbicara tentang penglibatan anak muda dalam politik sekurang-kurangnya anak muda telah memberikan kita gambaran tentang isu-isu penting seperti kos sara hidup, pendidikan, harga makanan, peruntukan untuk anak muda dan polisi terbaharu pemerintah yang memerintah.
Mereka ini menyuarakan pandangan mereka tanpa ilmu yang ciukup hanya berdasarkan persepsi yang ditimbulkan oleh politikus serta “hear say” dilaman laman media. Akibat perkara ini terdapatnya anak muda yang berjiwa memberontak dan mahu setiap tindakan diambil.
Kesudahannya anak muda akan beranggapan dan melihat politik itu satu lapangan yang membuang masa sahaja. Akhirnya anak muda akan mengasingkan diri mereka dari kancah politik yang mereka anggap amat menjijikkan.
Seharusnya anak muda hari ini, perlu membuang stigma politik jijik dan kotor dalam pemikiran mereka. Mereka perlu memahami permainan politik dengan ilmu politik, jika tidak nanti, mereka akan menjadi mangsa kepada orang politik yang akan mengambil kesempatan terhadap mereka ini yang “buta politik”.
Hal ini, “buta politik” telah berlaku dengan berluasa sekarang, kepentingan politik dan mempergunakan anak muda sebagai medium untuk mencapai matlamat akan merosakkan masa depan anak muda itu sendiri.
Apa yang sebaliknya berlaku apabila anak muda mula bersuara dengan “ilmu” maka ia akan memberi tekanan kepada pemerintah untuk menyelesaikan isu-isu termasuk isu anak muda. Sekali gus, akan mempamerkan kepimpinan anak muda untuk melahirlkan kepimpinan akan datang untuk Negara.
Justeru itu, kepimpinan sekarang seharusnya menanam kesedaran dalam jiwa anak muda, betapa pentingnya mereka untuk Negara sebagai generasi yang penuh ilmu dan sebagai pemimpin.
Cukuplah sekali anak muda dipergunakan oleh ahli politik yang beragenda untuk merosakkan Negara dengan kudrat anak muda sebagaimana berlakunya dalam Pilihanraya 14 yang lalu. Ketika itu mereka cukup bangga melaungkan pelbagai slogan untuk menjatuhkan sebuah kerajaan.
Akhirnya, setelah kerajaan jatiuh dan politik Negara dalam keadaan huru hara, dimanakah mereka sekarang dimata ahli politik? Dimana kejayaan mereka yang membolehkan mereka diangkat sebagai pemimpin. Dimanakah tuntutan mereka yang dahulunya dilaungkan dengan penuh bersemanagt.
Setelah pertukaran kerajaan, segala perjuangan mereka dilupakan, malah hak mereka yang diberikan oleh kerajaan terdahulu dirampas. Ini merupakan satu sejarah hitam bagi sejarah anak muda Malaysia.
Anak muda sekalian, sebenarnya ahli politik tidak gentar dengan anak muda yang datang bermodalkan berani semata-mata, mereka kelompok yang mudah dimanipulasikan. Mudah dipergunakan dan dianggap sosok tubuh yang lemah dan boleh dibuang bila bila masa sahaja.
Keadaan ini amat berbeza dengan keterampilan anak muda yang sarat dengan ilmu serta pengetahuan dan mampu mencorakkan bsesuatu dengan idea yang baik kepada kerajaan dan ianya juga satu cabaran kepada pemimpin politik untuk terus bersaing dalam politik bersama anak muda.
PRU 15 akan menjelma, cukuplah sejarah hitam anak muda menukar sebuah kerajaan menjadi pengajaran. Cukuplkah anak muda dipergunakan oleh politikus yang tidak bertanggungjawab. Pada kali ini anak muda perlu bangkit semula dalam usaha menebus kesilapan mereka yang lalu.
Mungkin tidak terlambat bagi anak muda untuk bertindak setelah melihat apa yang berlaku dalam Negara sekarang. Tugas anak muda kini pada PRU 15 ialah memastikan sebuah kerajaan yang diyakini seluruh dunia terwujud dan memusnahkan sebuah kerajaan yang hanya berteraskan jawatan dan kuasa sahaja tanpa ada usaha untuk memastikan kemakmuran Negara.
Oleh itu, untuk mengwujudkan golongan anak muda yang berjiwa pejuang dan berilmu bukan sesuatu yang mudah, metaliti harus diubah, perspektif harus dikembangkan dan ianya memerlukan kerja keras dan jiwa yang penuh kesedaran dengan tanggungjawab terhadap Negara.
Sudah tiba masanya anak muda bangkit dan menceburkan diri dalam bidang politik, agar corak pentadbiran negara dapat berubah ke arah yang mereka sendiri impikan. Permainan politik lapuk yang masih subur dalam lapangan politik tanah air menjadi sebab utama mengapa anak muda mesti melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan disamping menebus semula kesilapan mereka pada PRU14 yang lalu.