Liu Ying sasar mara lebih jauh pada Terbuka Thailand


Chan Peng Soon (kanan) dan Goh Liu Ying

14/01/2021 04:55 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Selepas dua aksi membanggakan, pemain beregu profesional negara, Goh Liu Ying memasang impian untuk mara lebih jauh pada Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Thailand yang sedang berlangsung di Impact Arena, Bangkok, ketika ini.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu berkata beliau dan pasangannya Chan Peng Soon sudah mula menemui rentak permainan setelah beraksi pada dua pusingan awal kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 itu.



Beregu pilihan kelima kejohanan itu memulakan cabaran dengan langkah kanan selepas mengatasi pasangan muda Indonesia, Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso; 22-20 dan 21-18 di pusingan pertama pada Selasa, sebelum menewaskan beregu bukan pilihan, Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda; 21-18 dan 21-13 dalam pusingan kedua hari ini.

“Selepas dua perlawanan pusingan awal, prestasi saya dan Peng Soon semakin meningkat dan saya rasa lebih baik berbanding apa yang kami jangkakan. Kami harap boleh pamerkan aksi lebih bertenaga pada suku akhir esok,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.

Peng Soon-Liu Ying bakal berdepan ujian getir menentang pilihan utama kejohanan, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai selepas pasangan dari Thailand itu mengatasi satu lagi wakil negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai menerusi kemenangan 20-22, 21-18 dan 21-12, hari ini.

Selepas kejohanan berkenaan, skuad badminton negara bakal menyertai Kejohanan Toyota Terbuka Thailand dari 19 hingga 24 Jan ini di venue yang sama.



Liu Ying sasar kembalikan prestasi pada dua kejohanan di Thailand

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button