“PERLU KE BUAT CABARAN TENGOK ARTIS MANA YANG SOMBONG” – ALMY NADIA BERANG

“Artis ini cari rezeki juga. Ini artis ada keluarga dik, ada kerja juga dik… bukan nak mengadap telefon 24 jam dik. ‘Perlu ke buat cabaran ‘nak tengok artis mana yang sombong’ dik. Disebabkan PKP 2.0 punya fasal, tak ada sanggup cari kerja yang tak masuk akal dik!

“Sorry to say, Okay kalau hampa jadi tempat kami apa hampa rasa ya?” kata isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia yang berang apabila menerima mesej daripada individu yang membuat cabaran melihat artis sombong atau tidak di laman sosial.

Enggan berdiam diri, Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, menegur tindakan individu tersebut yang tidak memikirkan keadaan selebriti yang mempunyai keluarga dan kerja selain perlu mengadap telefon selama 24 jam.



Pelakon berusia 37 ini menganggap individu tersebut seperti tidak mempunyai kerja lain dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga sengaja mewujudkan cabaran tersebut.

Almy turut berkongsi paparan skrin mesej daripada individu tersebut menerusi laman Instastory miliknya pada Sabtu malah Fizz Fairuz terut memuat naik semula perkongsian tersebut di Instagram.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg



Menerusi paparan skrin tersebut, individu tersebut memberitahu dia kini membuat cabaran dengan menghantar mesej kepada selebriti untuk melihat respon sama ada mereka bersikap sombong atau tidak.

Dalam pada itu, Almy memberitahu individu tersebut mahu menjadi terkenal dengan melakukan perkara sebegitu supaya ia menjadi tular dengan cepat.

“Ini tanda PKP 2.0 ni depa tak ada kerja tapi cari kerja yang tak berfaedah untuk popular, glamour dan viral cepat. Tak kisah siapa pun, perangai adab itu penting dik!

“Ingat sampai bila-bila jangan buat kerja gila dik. Nanti dibalas dengan kerja gila dik… faham! Nak famous kan meh artis ini bagi famous apa nama awak,” ujarnya.



Image_3.jpg

Image_4.jpg

Almy Nadia gugur lagi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button