Biden sudah bercakap dengan empat pemimpin sejak pegang jawatan

25/01/2021 12:47 PM

WASHINGTON, 25 Jan — Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah membuat panggilan telefon dengan empat pemimpin sejak mengangkat sumpah jawatan pada 20 Jan, lapor Agensi Berita Anadolu.

Pada Jumaat, Biden mengadakan perbincangan dengan jiran sebelah utara dan selatan Amerika.



Pemmpin pertama dihubunginya ialah Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.

Biden dan Trudeau membincangkan pelbagai isu, termasuk hubungan dua hala, pandemik COVID-19, ekonomi, pertahanan, perubahan iklim dan saluran paip Keystone XL.

Pada hari sama, Biden turut menghubungi Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador, dan antara lain membincangkan isu migrasi dan pembangunan di Segitiga Utara Amerika Tengah – Guatemala, Honduras dan El Salvador – selain memerangi COVID-19.

Perbualan telefon dengan Perdana Menteri Britain Boris Johnson pada Sabtu pula membincangkan mengenai perubahan iklim, membendung COVID-19 dan memastikan keselamatan kesihatan global.



Pada Ahad Biden menghubungi Presiden Perancis Emmanuel Macron.

Biden menyatakan hasratnya untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Perancis, menurut satu kenyataan.

“Presiden Biden juga menekankan komitmennya untuk meningkatkan hubungan transatlantik, termasuk melalui kerjasama NATO dan AS dengan Kesatuan Eropah.

“Kedua-dua pemimpin bersetuju mengenai perlunya koordinasi erat, termasuk melalui organisasi multilateral, dalam menangani cabaran bersama seperti perubahan iklim, COVID-19 dan pemulihan ekonomi global,” kata kenyataan itu.



Tambah kenyataan itu, Biden dan Macron sepakat untuk mengutamakan dasar luar termasuk mengenai China, Timur Tengah, Rusia dan Sahel.

Biden tamatkan sekatan perjalanan terhadap negara majoriti Islam



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button