BAPA MENINGGAL DUNIA DI SINGAPURA – M NASIR REDA & AKUR TAK DAPAT PULANG
Takziah kami ucapkan kepada penyanyi Datuk M Nasir atas pemergian bapanya, Mohamed Sam yang meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi, Khamis. Allahyarham Mohamed menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun akibat sakit tua di kediamannya di Singapura.
Isteri M Nasir iaitu Datin Marlia Musa memberitahu mereka masih bersedih dengan berita tersebut, namun reda menerima ketentuan ilahi. Ekoran pandemik Covid-19, mereka sekeluarga tidak dapat pulang memberikan penghormatan terakhir.
“Kami sudah berusaha membuat permohonan untuk pulang ke Singapura, namun, pihak berkuasa tidak mengizinkan kerana Covid-19. Abang (M Nasir) juga reda dan akur bahawa keadaan semasa benar-benar tidak mengizinkan.
“Sepanjang setahun ini, kami hanya berbual, bertanya khabar menerusi panggilan telefon dan video untuk melepaskan rindu,” katanya.
Klik untuk gambar besar
Difahamkan, jenazah Allahyarham bapa mertua Marlia sedang diuruskan untuk pengebumian oleh adik-beradik M Nasir seramai lapan orang yang menetap di Singapura. M Nasir adalah anak keempat daripada sembilan adik-beradik.
Sementara itu, Marlia berkata kali terakhir mereka bertemu dengan Allahyarham ialah kira-kira setahun lalu sebelum penularan wabak Covid-19. Sebelum itu, menerusi laman Instagram, Marlia berkongsi mengenai berita sedih pemergian bapa mentuanya itu.
“Ayahanda kesayangan kami Haji Mohamed Bin Sam telah pulang ke Rahmahtullah pada pagi ni… semoga Allah mencucuri rahmat-Nya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
FOTO ‘PRE-WEDDING’ SUDAH SIAP, PERSIAPAN 70 PERATUS – LIA NATALIA REDA TAK JADI KAHWIN