Empat maut, 43 cedera dalam nahas jalan raya di Nigeria

04/02/2021 10:21 AM

ABUJA, 4 Feb — Empat penumpang trak terbunuh manakala 43 yang lain dimasukkan ke hospital selepas trak yang dinaiki terbabit dalam nahas jalan raya di Oyo, Nigeria pada Rabu, lapor Agensi Berita Xinhua.

Nahas berlaku di lebuh raya Oyo-Ogbomosho, apabila trak itu melanggar sebuah lubang besar sebelum terbabas ke dalam semak, kata pegawai pihak berkuasa keselamatan jalan raya kepada wartawan di Ibadan, ibu kota Oyo.



Seramai 15 penumpang lagi diselamatkan dan tidak mengalami kecederaan.

Nahas jalan raya sering berlaku di Nigeria berpunca daripada muatan berlebihan, keadaan jalan raya yang teruk dan kecuaian memandu.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading