Akses Facebook di Myanmar terjejas selepas rampasan kuasa tentera

04/02/2021 02:20 PM

MOSCOW, 4 Feb — Facebook pada Khamis berkata perkhidmatannya di Myanmar terjejas susulan rampasan kuasa tentera di negara Asia Tenggara itu, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Kami menyedari pada masa ini beberapa orang mengalami gangguan untuk mengakses Facebook,” kata jurucakap rangkaian sosial itu.



Jurucakap itu meminta pihak berkuasa tentera Myanmar untuk memulihkan semula akses supaya orang ramai dapat kembali berkomunikasi antara satu sama lain.

Tentera Myanmar melancarkan rampasan kuasa pada pagi Isnin dan menahan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi, Presiden Win Myint, dan anggota kanan lain parti Liga Kebangsaan Demokrasi (NLD).

Tentera mengumumkan darurat selama setahun, berikrar untuk “mengambil tindakan” terhadap tuduhan penipuan undi semasa pilihan raya umum 8 November, yang dimenangi parti NLD.

China longgar akses pelaburan asing




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading