TAK HADIR MAJLIS KAHWIN – FIDA AKHIRNYA ‘CHAT’ MAMAT SEPAH
“Chit chat PKP bertanya khabar โบ๏ธโ๐ป. Semoga silaturrahim kita sentiasa di jaga Allah s.w.t ๐๐๐ป.
*hari tu x dapat datang majlis @mamatsepah & Diana tapi fida doakan dari jauh. Semoga hubungan kalian dirahmati dan berkekalan hingga ke Jannah๐น,” tulis Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim pada bekas kekasihnya Mamat Sepah.
Kongsinya, dia dan Mamat, tidak pernah bermusuh pun selama ini. Cuma, mereka selesa membawa haluan masing-masing kerana menghormati perasaan pasangan dan pandangan masyarakat.
“Cuma, baru-baru ini mungkin kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami ada berhubung di WhatsApp bagi bertanya khabar. Selain, Mamat juga mendoakan hari bahagia saya nanti.
“Pada majlis pernikahan Mamat dan isteri, Nordiana tahun lalu, saya tak dapat hadir kerana ada urusan perniagaan. Tapi, sebagai rakan artis dan saling kenal, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka kekal hingga ke jannah,” ujarnya dipetik sebagai berkata.
Tambahnya, tiada salah untuk mereka bertanya khabar sesama rakan artis. Malah, ujarnya semoga silaturahim sentiasa terjaga dan dipelihara oleh Allah SWT.
Untuk info, pada awal Januari lalu, Fida turut mendedahkan yang dia bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya iaitu seorang ahli perniagaan. Mereka dikatakan merancang mengadakan majlis pernikahan mereka sebelum Ramadan tahun ini.
“FETCH MAMAT NI BAWA JUMPA SAYA” – SYAMSUL YUSOF NAK BAYAR RM10,000 CARI KHIDMAT ‘GRAB’