ENGKU EMRAN TITIP UCAPAN HARI LAHIR ERRA FAZIRA
“Sayang ayah Aleesya. Hari ini adalah ulang tahun kelahiran ibu anda. Wanita yang paling penting dalam hidup anda. Moga Allah swt sentiasa merahmatinya di tingkat syurga tertinggi. Ameen Ya Rabb,” tulis Engku Emran yang menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran bekas isterinya penyanyi, pelakon dan pengacara Erra Fazira yang ke-47 hari ini.
Bekas suami kepada penyanyi dan pelakon popular Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat Erra yang ke-47 hari ini.
Memuat naik ucapan tersebut menerusi Instagram Story, Engku Emran atau nama penuhnya Engku Emran Engku Zainal Abidin mendoakan semoga ibu kepada puteri tunggal mereka, Engku Aleesya sentiasa berada dalam rahmat Allah.
Untuk makluman, Engku Emran berkahwin dengan Erra pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014. Pasangan itu dikurniakan anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.
Dalam pada itu, ulang tahun kelahiran Erra turut menyaksikan ucapan penuh bermakna daripada sahabat baiknya, Datin Seri Umie Aida. Walaupun persahabatan mereka pernah diuji dua tahun lalu, namun hubungan keruh itu dilihat semakin baik.
“Selamat hari jadi Erra. Saya doakan semoga anda sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt serta umur yang diberkati,” tulis Umie Aida.
PENGANTIN PUNYAI NAMA SAMA – ERRA FAZIRA TERKEJUT TERIMA UCAPAN TAHNIAH