BILA EZZATY ABDULLAH MENGAMUK DENGAR BUNYI MERCUN
“Huh! Asal raya ja ada orang bo*** pentingkan diri! 12.30 pagi bo***! Kau nak bakar mercun apa benda? Esok Subuh aku bakar mercun depan rumah kau baru kau tau!
“Tak kisah la na mabuk ke nak mati ke nak makan apa ke tapi 12.30 pagi orang dah tidur. Kenapa la masih lagi ada otak dekat dunia ni yang pentingkan diri haram! Pengawal keselamatan pula tak dapat dihubungi.
“Aku penat gila satu hari masak pergi buat penghantaran. Kau cuti kau punya pasal la. Aku kerja. Kau kerja aku ada bising ka? Betul! Baru dapat rehat 30 minit dah ada main mercun,” tulis pelakon Ezzaty Abdullah menerusi Instagram Stories.
Klik untuk gambar besar
Semua sedia maklum isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini menguruskan bisnes mee undang. Dek kerana itu, Ezzaty mahu berehat selepas penat bekerja namun ketenteraman dirinya telah diganggu oleh tindakan pihak yang membakar mercun pada pukul 12.30 pagi tadi di kawasan perumahannya.
Dalam entri tersebut, Ezzaty, 31, telah naik hantu apabila dia tidak dapat menahan kemarahan. Ezzaty dalam masa sama turut mengingatkan untuk mempunyi perasaan empati terhadap orang di sekeliling.
“Tolong la semua. Punya rasa empati dengan semua orang. Kalau korang nak berjimba jangan menyusahkan atau kacau orang lain. Hidup kita ni kalau tak dapat senangkan orang, jangan susahkan orang.
“Cuba fikir kalau orang ada anak kecik yang susah nak tidur. Lepastu dia dah tidur. Mak bapa dia baru nak tarik nafas lega lepas sehari suntuk penat jaga dia yang buas.
“Tiba-tiba kau main memekak main mercun lepastu budak tu bangun nangis-nangis balik. Apa perasaan mak bapa tu? Kalau kau pentingkan diri sangat pun. Kau fikir kalau kena kat diri kau la,” tulisnya lagi.
“Untuk rekod, Ezzaty dan Azwan mendirikan rumah tangga ada Julai 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Harum Dahlia.
TERBABIT KEMALANGAN – EZZATY ABDULLAH NAFI SEBAB MENGANTUK