DAH DAPAT SURAT RASMI, BOY IMAN REDA: “TIDAK DINYATAKAN SEBAB DITARIK BALIK”

“Saya sudah menerima surat rasmi dan bukan salah mereka surat tersebut lewat sampai. Surat tersebut menurut mereka, sudah dipos awal tetapi lewat sampai kerana situasi sekarang.

“Bagaimanapun dalam kandungan surat tersebut tidak dinyatakan sebab Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) saya ditarik balik,” jelas pelakon dan usahawan, Boy Iman.

Sebelum ini, Boy Iman memberitahu yang dia terkejut kerana dia mendapat tahu tentang gelaran ‘Dato’ ditarik balik selepas dihubungi pihak media dan belum menerima sebarang surat rasmi berkenaan penarikan balik darjah kebesaran itu.



Dalam pada itu, Boy Iman berkata dia tidak akan teragak-agak untuk menulis sendiri surat kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) untuk bertanyakan sebab gelaran itu ditarik balik.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Namun terkini, Boy memberitahu yang dia sudah menerima surat rasmi berhubung penarikan darjah kebesarannya, semalam. Boy Iman ketika dihubungi turut berkata, dia diberitahu surat tersebut tiba lewat kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bukan disengajakan.



Tambah Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman lagi, dia dengan penuh rasa hormat dan reda menerima keputusan dari pihak Istana Pahang.

“Saya berbesar hati apabila dianugerahkan gelaran ‘Dato’ pada 2017 dan hari ini saya dengan penuh rasa hormat, menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran tesebut,” tuturnya.

Dalam pada itu, Boy Iman juga ditanya mengenai dakwaan kononnya dia tidak dapat menerima hakikat kebesaran ditarik balik, Boy berkata wargamaya tidak faham isu yang dipersoalkan.

Image_3.jpg



“Mereka (wargamaya) tidak faham apa yang saya persoalkan. Saya tak ada cakap pun yang saya tidak menerima hakikat. Saya hanya persoalkan mengenai protokal dan prosedur, itu sahaja.

“Tidak ada niat langsung untuk saya perlekehkan protokal atau mempertikaikan keputusan istana. Apa pun saya mohon maaf sekiranya ia menimbulkan salah faham sehingga menyebabkan wargamaya bercakap mengenainya,” ujar Boy Iman.

Terdahulu, tular di media sosial tentang pengumuman rasmi penarikan balik darjah kebesaran iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Boy Iman dan pelakon Farid Kamil Zahari berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dalam satu kenyataan berkata, penarikan gelaran itu bagi menjunjung titah perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



GELARAN DATUK – BOY IMAN TANYA SEBAB KENAPA DITARIK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button